|
Ditubuhkan
pada sekitar tahun 2001, SUZSBRIEA adalah sebuah band yang berkonsepkan
Thrash Melodic Death Metal merupakan antara yang paling lama dalam persada
muzik underground Banting (Selangor). EKSTRIM difahamkan bahawa band ini
baru sahaja selesai proses memasukkan bahagian vokal untuk demo pertama
mereka setelah begitu lama tertangguh akibat beberapa masalah. Rakaman
muzik untuk 3 buah lagu yang bakal dimuatkan dalam demo tersebut telah
siap lebih awal iaitu pada tahun 2004 dahulu.
Selain daripada itu, pada 31 Disember 2005 ini SUZSBRIEA akan mengadakan
jamm session yang akan berlangsung di studio mereka di Banting.
Selain SUZSBRIEA, antara band lain yang turut terlibat adalah ANOREXIA,
DISLOCATED CEREBRUM, IN TORMENT, CASTING SINS, DARKREGIME dan kemungkinan
DEMONICAL CRISIS ASSEMBLY juga akan turut serta.
Layari:
www.myspace.com/suzsbrieametal |