BERITA 21.12.2005

Teks: Sufian | Info: Apit
 

TRAGIC DESTINY : Serangan Metal Sungai Petani

 

TRAGIC DESTINY telah ditubuhkan pada hujung 2001. Setelah melalui beberapa fasa perubahan line-up, barisan pemuzik terkini yang menganggotai band ini adalah Epy (vokal), Ery (gitar pertama), Dude (gitar kedua), Acit (bass), Apit (dram) dan Shah (kibod). EKSTRIM diberi maklum oleh pemain dram band ini iaitu Apit berkenaan arah muzikal TRAGIC DESTINY. "Pada mulanya band kami berkonsepkan brutal death/thrash tetapi konsep tersebut hanya bertahan selama 3 bulan. Selepas itu kami lebih serius ke arah black/thrash/death", ujar beliau. Pengaruh utama pembentukan muzik TRAGIC DESTINY kebanyakannya berlandaskan band-band lama seperti Slayer, Sodom, Sepultura, Mayhem, Moonspell, Metallica, Celtic Frost, Hellhammer, Kreator, Destruction, Bathory, Necrodeath, Sarcofago, Sabbat (Jepun), Deicide, Vader, Impiety dan semestinya Venom.

Terdahulu, TRAGIC DESTINY telah meriliskan "Promo CD 2005" di mana terdapat empat buah trek di dalam CD tersebut. Trek pertama bertajuk 'The End Of Sorrow' dan trrk kedua bertajuk 'Creature Of The Evil Beast'. Trek ke-3 dan ke-4 pula adalah lagu-lagu versi 'live' yang dirakam ketika gig mereka di Actor Studio, Greenhall (Pulau Pinang) pada April 2004. "Trek ke-3 merupakan sebuah lagu lagu cover daripada Slayer iaitu 'Mandatory Suicide' manakala trek ke-4 'The End Of Sorrow' adalah lagu ciptaan kami sendiri", menurut Apit memberikan penjelasan. Promo CD ini telah dikeluarkan oleh AMITY RECORDS.

Terkini, TRAGIC DESTINY khabarnya akan merilis material-material terbaru mereka. "Insya-Allah, kami akan masuk balik studio untuk rakaman Demo CD kami dalam masa yang terdekat ini", kata Apit berkaitan status semasa band ini. EKSTRIM turut diberitahu bahawa terdapat sedikit perubahan pada halatuju muzikal TRAGIC DESTINY. "Apa yang nyatanya, sound kami sudah lain sedikit. Lebih cenderung kepada old skool thrash/black/brutal death. Mungkin hanya bercorak 'blackish' pada bahagian vokal sahaja", Apit menyuarakan suasana muzik TRAGIC DESTINY masakini.

Sebarang koresponden, sila hubungi:
Nor Hafizth bin Mohd Roslan (Apit)
4337, Lorong Serampang 4,
Taman Ria Jaya,
08000, Sungai Petani,
Kedah Darul Aman.

[email protected]
www.myspace.com/tragicdestiny

 

KEMBALI

 
Hosted by www.Geocities.ws

1