BERITA 21.12.2005

Teks: Sufian | Info: Ozzymay (perbualan di ZH Café, Kota Bharu pada 19.12.2005)
 

DARKREGIME : Bersedia Untuk Merakam

 

Band berkonsepkan War Black/Death Metal iaitu DARKREGIME dari Kelantan sedang giat menjalani beberapa siri 'rehearsal' di Zoom Studio, Kubang Kerian dalam usaha untuk memantapkan lagi permainan muzikal mereka untuk beberapa buah lagu baru yang bakal dimuatkan dalam EP mereka akan datang.

Susulan dari respon yang positif terhadap Promo CD "…The Beginning Of The Dark Empire" yang telah dikeluarkan pada Julai 2005 lalu, DARKREGIME menjanjikan santapan muzikal yang lebih memberangsangkan dalam rilisan EP tersebut nanti. "Sebenarnya lagu 'Regime Of Darkness' dalam Promo CD kami dulu agak perlahan dan longgar dari segi strukturnya. Lagu tersebut telah lama dicipta iaitu semasa kami masih bergelar KAFFAN dan muzik kami dipengaruhi unsur-unsur 'eastern' bawaan AS-SAHAR terutamanya", ujar Ozzymay. "Lagu-lagu gubahan baru kami memiliki olahan riffing yang lebih pantas dan pelbagai variasi. Kami amat berpuashati dengan bentuk terkini muzik band kami dan saya secara peribadi amat gembira dengan peningkatan skil dan teknik pemain dram kami yang turut membantu menambah impak kepadatan dalam susunan lagu-lagu kami", tambah beliau selaku vokalis & bassis DARKREGIME.

EP yang masih belum ditentukan judulnya ini bakal diedarkan kepada peminat & pendengar muzik ekstrim selewat-lewatnya pertengahan Februari 2006 nanti. Antara lagu-baru baru yang bakal dimuatkan adalah bertajuk 'Cursed War', 'Rise Of Regime Emperor' dan 'Meaningful Dead'. "Kami juga bercadang untuk menyelitkan sebuah-dua cover song sebagai bonus kepada mereka yang menyokong DARKREGIME selama ini", kata Ozzymay. "Buat masa ini biarlah kami rahsiakan dulu cover song yang bakal kami rakam nanti. Bukan hasrat untuk menandingi kehebatan lagu asal, kami sekadar ingin menyelitkan sebuah sajian istimewa untuk pendengar muzik kami serta bergembira dengan keseronokan memainkan lagu-lagu kesukaan dari band-band idola kami" jelas Ozzymay memberikan gambaran tentang isi kandungan bakal EP mereka.

EKSTRIM difahamkan bahawa proses rakaman EP ini akan dibuat di sebuah studio yang semakin mendapat perhatian di mana terletak di Subang Jaya dalam usaha DARKREGIME untuk mendapatkan kualiti bunyi yang terbaik serta menepati citarasa dan kehendak muzikal mereka. "Kami memilih untuk merakam di IseekMusic Studio kerana amat penting bagi kami mendapatkan sound yang betul-betul baik dan sebolehnya tepat dengan kemahuan lagu-lagu kami", Ozzymay memberitahu. Sesi rakaman di studio akan berlangsung pada penghujung Disember 2005 dan bersambung di awal Januari 2006.

Ayuh kita nantikan bersama metal peperangan cetusan DARKREGIME…

 

KEMBALI

 
Hosted by www.Geocities.ws

1