|
Pahlawan
death metal dari Klang akan memulakan penapaan mereka pada hujung tahun
2005 untuk merakam kesemua lagu-lagu lama dan baru untuk dimuatkan dalam
keluaran mereka nanti. "Ephemeral akan merakamkan 7 buah lagu lama dengan
line-up lama, lepas itu kami akan merakamkan lagi 7 buah lagu baru tapi
kali ini muncul dengan line-up baru" ujar Es untuk menggambarkan rilisan
terbaru mereka nanti. Kini Ephemeral dibarisi oleh Jepp (vokal), Rosni (gitar
utama), Es (gitar kedua), Wanabe (bass) dan Bai (dram). Untuk rakaman
lagu-lagu lama mereka memanggil kembali Lee untuk menggalas sebagai pemain
dram dan Koin untuk posisi gitar kedua. Sebelum ini, Ephemeral sudahpun
merakamkan 2 buah rehearsal pada tahun 1999 dan 2000 dan sebuah demo pada
tahun 1996. Mereka juga pernah muncul dalam sebuah kompilasi EASTERN
INVASION terbitan Nebiula Production sekitar 1997.
Sila ke halaman
ephemeralmadness.cjb.net dan
myspace.com/ephemeralmadness untuk mendapatkan informasi lanjut
mengenai band ini. Sebarang pertanyaan bolehlah diajukan terus kepada
alamat email ini:
[email protected].
|