|
Bagi
mereka yang terlepas untuk menonton aksi 'live' IN TORMENT semasa gig "In
Love With The System Part 2" bertempat di Paul's Place, Petaling Jaya pada
bulan 31 Ogos 2005 yang lalu, band Death Metal berasal Kelantan ini
menawarkan muat-turun 2 buah klip video yang diambil semasa persembahan
tersebut.
Klip video yang disediakan dalam format WMV
(maaf sekiranya kualiti kurang memuaskan) adalah seperti berikut:
1.
Blood, Red, Die
2.
Armageddon Death Squad (saduran Impaled Nazarene)
Selain daripada itu, IN TORMENT juga bermurah hati memberi peluang untuk
anda muat-turun lagu terbaru mereka berjudul 'Blood, Red, Die' yang
baru-baru ini diketengahkan dalam kompilasi Metal To Metals (terbitan
bersama Metalterus.com.my dan Ultra Hingax Production).
Klik di sini untuk muat-turun.
IN TORMENT pada masa ini bersedia untuk merakam dan dijangka akan memasuki
studio pada Januari 2006. Dalam pada itu, IN TORMENT telah menyiapkan
rekabentuk baru laman web mereka dan dikemaskinikan dengan
informasi-informasi yang terkini. Silalah lawati
intorment.cjb.net.
|