|
Pulau
Pinang antara negeri yang melahirkan banyak kugiran-kugiran metal yang
berkualiti. Kini muncul pula sebuah kugiran yang menggelarkan diri mereka
DISSECTOMY bagi menyemarakkan lagi kehangatan scene metal Malaysia.
Ditubuhkan pada pertengahan 2003 selepas pembubaran GAUGEPIT (doom core
metal). Dianggotai oleh Daniel (gitar), Eugene (drum) dan Leon
(bass/vocal). Christopher dari THRONE AGE (melodic/progressive metal)
dijemput untuk menyemarakkan lagi perjuangan mereka di poisis gitar. Death
Thrash Metal dengan sentuhan melodic adalah corak muzik yang dipilih
dengan pengaruh dari CARCASS, AT THE GATES, IRON MAIDEN, SUSPERIA dan
SLAYER. Menurut Leon, DISSECTOMY kini sedang bersiap sedia untuk memasuki
studio rakaman untuk merealisasikan sebuah EP pada 17 Desember 2005.
Sebuah lagu bertajuk CURSE OF THE WANDERING JEW boleh didengari dalam
laman myspace mereka di http://www.myspace.com/dissectomy sebagai mengukur
kemampuan mereka. Hubungi mereka untuk perkambangan selanjutnya di alamat
email mereka:
[email protected]. |