|
HEARTS
ON FIRE ditubuhkan untuk memperjuangkan genera Progressive Power Metal
dengan pengaruh-pengaruh dari kumpulan seperti Dream Theater, Kamelot,
Pain Of Salvation, Sonata Artica, Rhapsody, Luca Turilli, Symphony X,
Heavenly, Blind Guardian, Stratovarious dan sebagainya. Band berasal Pulau
Pinang in kerap menyertai pertandingan Yamaha Asian Beat Band Alert dan
mendapat tempat yang baik juga di mana bagi siri tahun 2005 mereka
ditabalkan sebagai juara. Setelah melalui beberapa peringkat pertukaran
line-up, pemuzik terkini yang membarisi HEARTS ON FIRE adalah terdiri
daripada Sany (vokal utama), Jack bass/vokal latar), Kelvyn Yeang (gitar),
Fariz (dram/vokal latar) dan Iskandar (kibod).
Mengikut makluman saudara Jack (bass), HEARTS ON FIRE pada masa ini sedang
giat menjalani proses rakaman untuk tujuan penerbitan album penuh mereka
yang bakal diriliskan sedikit masa lagi. Album sulung mereka ini katanya
sebuah album yang berkonsep (conceptional). Sesuatu yang agak menarik
untuk semua penggemar muzik Progressive Power Metal tanahair nantikan
bersama. Sebagai introduksi awal kepada kelahiran album penuh tersebut,
HEARTS ON FIRE telah meletakkan 2 buah lagu pra-produksi mereka yang mana
sebenarnya dirakamkan secara 'live' iaitu 'Tragical Tears' dan 'Shattered
Dreams' di dalam ruang
www.myspace.com/heartsonfire. |