BERITA 11.12.2005

Teks: Sufian | Info & Foto: Day Of Tomorrow
 

DAY OF TOMORROW : Noisecore Buatan Malaysia

 

Pada dasarnya DAY OF TOMORROW adalah sebuah band yang agak baru dari Johor Bharu yang bertunjangkan stail muzik noisecore. Band ini digerakkan oleh 5 sahabat semenjak Januari 2000. Sebuah demo yang memuatkan 3 buah lagu telah dirakamkan di Webs Productions Studio pada pertengahan 2005 dan ianya telah sedia diriliskan oleh THIRD ARM RECORDS (sebahagian dari REVOLT AND CHAOS). Pihak EKSTRIM difahamkan bahawa pada masa ini DAY OF TOMORROW masih dalam proses rakaman beberapa buah lagu baru untuk dimuatkan dalam beberapa album kompilasi dan kemungkinan juga untuk EP pertama mereka. Sekiranya anda meminati band-band seperti Botch, Deadguy, Coalesce, The Dillinger Escape Plan, Norma Jean dan yang sealiran dengannya, DAY OF TOMORROW adalah jawapan dari sebuah kumpulan underground tempatan.

Dapatkan maklumat lanjut di:
[email protected]
www.myspace.com/dayoftomorrow
www.revoltandchaos.com

 

KEMBALI

 
Hosted by www.Geocities.ws

1