BERITA 11.12.2005

Teks: Sufian | Info: Al-Azazhil
 

AL-AZAZHIL : Demo Kedua Diriliskan

 

AL-AZAZHIL didokong oleh generasi baru yang berhasrat untuk melapisi era kegemilangan persada metal ekstrim Kuala Lipis (Pahang) yang pernah suatu ketika dahulu tersohor dengar kemunculan BAZZAH. Jemu dengan persekitaran yang dikuasai muzik oi, ska dan hardcore, langkah telah diambil untuk menubuhkan AL-AZAZHIL memperjuangkan satu konsep muzik yang lebih 'gelap' iaitu Eastern Ritual Melodick Goth Metal. AL-AZAZHIL khabarnya baru sahaja meriliskan demo kedua mereka yang memuatkan 5 buah lagu iaitu:

1. Death
2. Ilmu Shyaithan
3. Jenazah Yang Pulang
4. Gundah Dihati Dayangku Niezan
5. Bukit 7

Kesemua lagu adalah hasil ciptaan Syaf kecuali lagu 'Death' karya gubahan Boy. Lirik pula kesemuanya merupakan nukilan Boy kecuali 'Jenazah Yang Pulang' ditulis oleh Syaf. AL-AZAZHIL telah mengalami perubahan line-up di mana yang terkini terdiri daripada Boy (bass/vokal), Syaf (gitar) dan ahli baru Farhan (drum). Terimalah penyambung warisan BAZZAH, AL-AZAZHIL pelapis black/death metal Kuala Lipis...

 

www.myspace.com/alazazhil

 

KEMBALI

 
Hosted by www.Geocities.ws

1