|
THE
HIDDEN baru sahaja bermain bersama kumpulan rock WINGS di Backroom (Kuala
Lumpur) pada 4 Disember 2005 yang lalu. EKSTRIM menanyakan tentang
sambutan para pengunjung/peminat terhadap persembahan THE HIDDEN pada masa
itu. "Ok saja. Cuma mula-mula tu orang ramai terkejut dengan muzik berat
ala The Hidden ni. biasalah kan ini expose yang pertama kepada pengunjung
peminat muzik rock. Sekurang-kurangnya mereka tahu serba-sedikit wujudnya
muzik pelbagai jenis di Malaysia ni. Bukan sahaja rock tapi death metal
juga, hehe.. tapi sambutan tu ok, terharu bila ada orang tepuk dan bagi
sambutan pada show kami. Ingatkan takde yang suka, hehe... Anyway, keep on
rockin!!", kata Fahmi atau juga dikenali dengan panggilan Jepun.
"Wings cuma cakap The Hidden heavy.. tak banyak komen yang mereka bagi..
aku rasa mereka pun tak faham jenis muzik rock apa yang kami bawa hehe..
tapi mereka best..", ujar Fahmi lagi berkaitan komen yang diperolehi dari
kumpulan WINGS.
THE HIDDEN juga pada masa ini di peringkat penyediaan lagu-lagu baru yang
katanya akan diterjermahkan dalam sebuah album penuh. Pembikinan lagu
sedang rancak dijalankan. "Rakaman sebenar dalam studio belum dibuat. Ada
lagu yang telah siap dan ada yang baru rekod trek gitar dalam komputer
sahaja. Kemungkinan tahun hadapan (2006) kami akan riliskan album sulung
The Hidden", beritahu Fahmi yang berada di posisi pemain bass dalam band
berasal dari Kedah ini.
Album yang dimaksudkan ini dikatakan memang banyak menonjolkan kelainan
dari aspek pembawaan muzikalnya berbanding dengan apa yang telah
ditawarkan melalui split bersama SYMPOZIUM dahulu. "Tapi masih tak lari
dari konsep sebenar... unsur melodic dan catchy itu pasti ada" jelas Fahmi.
Tunggu dan dengar!
hiddenasia.port5.com|
[email protected] |