BERITA 07.12.2005

Teks: Sufian | Info: Farris | Foto: Malscene.net
 

XS DENIED : Pembubaran & Rilisan Kenangan

 

"XS DENIED telah tiada lagi. Yang ada cuma sisa-sisa perjuangan yang terkandas". Begitulah bunyinya luahan hati Farris selaku salah seorang anggota band ini yang terpaksa dibubarkan. Namun demikian, khusus kepada para penyokong mereka selama ini XS DENIED merancang untuk merakam material-material lama mereka dalam masa terdekat ini untuk ditinggalkan sebagai kenangan.

Band ini sebenarnya telah dibubarkan lebih kurang 5 bulan yang lalu disebabkan kebanyakan ahlinya agak sibuk dengan urusan harian masing-masing dan tidak dapat memberikan komitmen yang baik terhadap band. "Aku pun malas nak cari line-up baru, lagipun benda hanya sementara sahaja.. bila orang dah muak, dia orang lupakanlah kita kan..", ujar Farris lagi.

Rilisan kenang-kenangan yang dimaksudkan mungkin akan dirakamkan pada akhir Disember 2005 ataupun awal tahun 2006 di Studio ISeekMusic di Subang. EKSTRIM diberitahu bahawa 5 buah lagu akan dirakamkan dan buat masa ini terdapat sebuah label yang berminat untuk meriliskan EP tersebut iaitu DEMISE RECORDS yang bertapak di Ampang. "Kami masih belum berbincang secara terperinci dengan pihak Demise Records. Semuanya masih di peringkat perancangan awal", terang Farris. Harapnya rilisan kenangan ini menjadi kenyataan. XS DENIED akan terus diingati. Emel: [email protected]

 

KEMBALI

 
Hosted by www.Geocities.ws

1