|
ZURIATS
khabarnya masih menanti SPEEDRAWK RECORDS meriliskan EP mereka yang
berjudul "Arrival of the Dark Descent". Bila ditanya tentang corak muzikal
bawaan ZURIATS yang diketengahkan dalam EP tersebut, Shah Disaster selaku
gitaris/vokalis menjawab, "Muzik dalam EP ini berkonsepkan Melodic
Black/Death Metal..ada sedikit sentuhan keyboard dari seorang kawan kami..cuma
tiada vokal wanita seperti yang djanjikan kerana beliau menarik diri pada
saat-saat akhir".
Terdapat 5 buah lagu dalam EP "Arrival of the Dark Descent" yang mana
kesemua lagu dan lirik ditulis oleh Shah Disaster. Dirakamkan dalam bulan
Februari 2005, lagu-lagu yang dimaksudkan adalah:
1. Crying Descent from Hell (intro)
2. Live in Darkness
3. Nothing I can do (in hell)
4. Dead to Hell
5. Crying Moonlight
www.myspace.com/zuriats |
[email protected] |