|
Neferty
pada masa ini dalam proses perbincangan untuk merakam single terbaru
"Against the War Heart" selepas single "Palestine" habis dijual sebanyak
666 salinan. Mereka sedang mencari sebuah studio yang sesuai bagi tujuan
rakaman tersebut. Menurut Arki, gitaris band yang berasal dari Kedah ini,
"Kami inginkan sebuah studio yang agak murah kosnya tetapi boleh
mendapatkan sound metal ala Euro". Kemungkinan diriliskan selewat-lewatnya
bulan Januari 2006, single ini bakal memuatkan sebuah atau dua lagu. "Kami
juga sedang mencari record label yang sudi bekerjasama untuk memasarkan
single tersebut nanti", tambah Arki lagi.
Neferty sebenarnya merancang untuk merakam sebuah EP penuh tetapi hasrat
itu diketepikan dahulu kerana memikirkan adalah lebih relevan merakam satu
atau dua lagu dengan bajet yang sedia ada kerana yang lebih penting bagi
mereka adalah kualiti sound rakaman tersebut. "Kami nak buat betul-betul
sound metal yang sedap dan all-out", tegas Arki.
www.myspace.com/neferty |