BERITA 01.12.2005

Oleh: Sufian | Info: Sicksociety
 

SICKSOCIETY : Informasi Terkini

 

Sicksociety, sebuah band Brutal Death Metal daripada Petaling Jaya kini sedang sibuk mengumpul material baru yang akan dimuatkan di dalam EP mereka yang dijangkakan rilis pada bulan Februari 2006. Sebuah track berbahasa melayu bertajuk 'Tetak (Renggang Nyawa)' juga dipertaruhkan di dalam bakal EP kelak.

 
Buat masa ini juga, Sicksociety sedang di dalam perbincangan untuk menjayakan sebuah lagi split bersama 2 buah band ekstrim tempatan. Setakat ini, Sicksociety telah terlibat dgn split bersama band-band Asia; "666-way Hell Split" (Sicksociety (Malaysia) / Suicidal (Singapura) / Majusiah (Singapura) /  Barzakh (Indonesia) / Draconaeon (Brunei) / Nerraka (Singapura) dan turut terlibat dengan kompilasi Metalterus.com.my "Metal To Metals" di mana track eksklusif 'Empathy Chaos' dipertaruhkan.

Di samping itu, Sicksociety juga aktif dgn sirkit-sirkit gig sekitar Lembah Klang selain mendapat undangan bermain gig di Melaka "Rock War - 7" pada 21 Januari 2006 dan gig "Metalindustries 3" yang jatuh pada 18 Mac 2006 di Singapura bersama Suicidal (Singapura), A Good Day For Killing (Thailand), Barzakh (Indonesia) dan banyak lagi band-band ekstrim. "Setakat ini kami sudah bermain gig sebanyak 3 kali di Singapura dan kali ini kami akan menyediakan sesuatu yang lain daripada yang lain! All-out!!", menurut Adib yang juga merupakan vokalis Sicksociety ini.

 
Sicksociety boleh dihubungi melalui e-mel: [email protected] atau layari website rasmi: www.sicksociety.tk dan juga myspace: www.myspace.com/sicksociety.

 
 

KEMBALI

 
Hosted by www.Geocities.ws

1