|
ASYLUM
INDUSTRIES MUSIC newsletter terbitan pertama - OKTOBER 2005 telah siap
untuk diedarkan. Mengandungi temuramah bersama LANGSUYR, AMETHYST dan juga
SUICIDAL. Juga terdapat ruang promosi untuk kumpulan-kumpulan muzik
tempatan mahupun luar negara seperti ASTRAY, NEFARIOUS AZARAK, SICKSOCIETY
dan banyak lagi.
Tidak ketinggalan kami menyediakan ruangan peraduan dengan kerjasama dari
pihak syarikat rakaman SKULLF**KED PRODUCTION yang mana berbaik hati telah
menyediakan hadiah-hadiah berbentuk cakera padat dari keluaran berkembar
mereka 7TH NEMESIS / PUNISHMENT CD.
Berminat untuk mendapatkan risalah ini? Hantarkan stem bernilai 30sen
berserta sampul surat beralamatkan sendiri kepada:
M4-4-05
MERAK APARTMENT
JALAN URANUS U5/125
SECTION U5
40150 SHAH ALAM
SELANGOR DARUL EHSAN
[email protected] |