|
Setelah
drummer Dislocated Cerebrum keluar dari band, posisi tersebut telah
digantikan dengan ahli baru iaitu Aizad (Decibel, Oblongata, Fatal
Tragedy, Orthodox). Walaupun beliau menunjukkan komitmen yang tinggi
terhadap Dislocated Cerebrum, namun kehadiran beliau masih kabur samada
terus menjadi ahli tetap ataupun hanya untuk sementara waktu. Sementara
itu, mereka sedang sibuk mempersiapkan diri untuk melancarkan EP mereka
yang dijangka keluar pada Februari 2006 nanti dan sekali lagi akan turut
serta di dalam kompilasi "Tribute to Sil Khannaz" yang akan dilancar pada
Jun 2006 di bawah label North Poem Records. |