BERITA 26.11.2005

Oleh: Sufian | Info: Amiruddin
 

PYRO : Grindcore dari Ampang. Kuala Lumpur

 

Berasal dari Ampang, Kuala Lumpur, Pyro yang membawa maksud salah satu sifat yg asalnya dari api, atau lebih dikenali bunga api adalah sebuah band yang memainkan muzik Grindcore. Pada awal tahun 2005, Pyro telah berjaya merakamkan demo (atau lebih sesuai dipanggil EP) pertama mereka berjudul "The Darkside Of Science", yang mengandungi 5 buah lagu ciptaan mereka. Senarai lagu yang dimuatkan dalam EP tersebut adalah:

01. Instrument of Doom
02. Cracks in the Wall of Silence
03. Secret Society
04. Incoming
05. Triangle of Lost Souls

Dengan penggunaan lirik yang berdasarkan sains, politik, agama dan dunia hari ini (global), EP ini dihasilkan secara 100% buatan sendiri (D.I.Y), tidak melalui orang-orang tengah seperti syarikat-syarikat rakaman dan segala pengedaran dilakukan oleh mereka sendiri. Terkini, Pyro terus kukuh dengan ahli anggota terdiri daripada Amir (vokal), Pere (gitar), Farihan (drum), dan pemuzik yang dipinjamkan dari kumpulan Mixing Red And Blue iaitu Tepet (bass). Mereka aktif beraksi di sekitar Lembah Kelang dan kawasan luarnya. Mereka juga dalam proses mengumpulkan bahan untuk perancangan menghasilkan album terbaru.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan sekeping EP "The Darkside Of Science", sila kirimkan RM10 kepada: Amir, 205 Blok L, Taman Keramat Permai, 54200 Kuala Lumpur. Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menelefon: 012-3560468 (Sufrie) / 012-2374590 (Amir) atau emel: [email protected] / [email protected]. Laman web: www.myspace.com/pyro.

 
 

KEMBALI

 
Hosted by www.Geocities.ws

1