|
Pada
masa ini band Death Metal yang berasal dari Kelantan iaitu In Torment
sedang giat dalam proses memperkemaskan lagu-lagu yang bakal dimuatkan
dalam rilisan kedua mereka susulan kepada demo sulung "Rise of the Gemulah"
telah dikeluarkan pada tahun 2003 dahulu. In Torment juga dikhabarkan
sedang dalam proses rakaman lagu untuk beberapa buah kompilasi.
In Torment dilihat semakin mendapat perhatian di persada muzik metal
ekstrim tanahair dan mula mengumpul kelompok peminat sendiri setelah
muncul dalam beberapa buah gig terutamanya sekitar Lembah Kelang. "Kami
bersedia untuk terus beraksi dan menjanjikan persembahan yang lebih mantap
dalam gig-gig bakal kami sertai dalam masa terdekat ini" ujar Rimie dengan
penuh semangat.
Rimie yang juga merupakan pemain gitar utama dalam In Torment menyeru
semua peminat dan penggiat muzik ekstrim supaya menjauhi najis dadah. "Kami
adalah Belia Benci Dadah" katanya ringkas tetapi mempunyai mesej yang
begitu mendalam. |