|
Everlasting
Tales merancang untuk tampil dengan EP pertama pada tahun hadapan. EP ini
bakal dilihat sebagai suatu permulaan bagi sebuah perjalanan epik ciptaan
band ini. Berbanding dengan Promo 2005 "And The Tales Begins..." dan
sebuah lagu berjudul 'Journey of the Majestic Quest: At the Gate of Rhuha'
yang dimuatkan dalam kompilasi Metal To Metals baru-baru ini, Everlasting
Tales akan terus menerokai proses kematangan dengan mengenengahkan sedikit
kelainan dari segi stail muzik untuk EP kali ini. "Everlasting Tales ingin
menonjolkan stail serta cara pembawaan yang tersendiri", tegas Fharees
selaku kibodis & vokalis band ini.
Selain itu, Everlasting Tales juga masih lagi mencari peluang untuk
beraksi di mana-mana gig pada masa-masa akan datang. Kepada yang berminat
untuk memanggil band ini mengadakan persembahan dalam gig anjuran mereka,
sila hubungi
[email protected] atau
[email protected]. |