HOME
Untuk renungan bersama,

Mesej ini mungkin biasa anda dengar. Atau mungkin tiada kaitan dengan anda. Jika anda selama ini mencari-cari dan dahagakan kelainan yang amat diperlukan, maka inilah masanya. Anda sampai tepat pada waktunya. Mungkin selama ini anda tak sedar? Sebab terlalu selesa dengan apa yang ada sekarang?

Maaf tanya, betulkah anda selesa? Pada dasarnya memanglah selesa. Mana taknya, gaji besar. Pangkat pun besar. Eh! gaji besar...kereta kenalah besar. Handphone takkan yang murah. Rumah? Takkan low cost. TV...? Yang besar takkan tak mampu. Pendek kata semua boleh sebab mampu. Apa salahnya kalau memang mampu. Bestnya bergaji besar...boleh hidup selesa.

Selesa ke? Tanya diri sendiri, barang-barang tu semua beli cash ke beli loan? Kalau cash, tahniah anda sememangnya selesa dan anda sedang menikmati kehidupan anda. Tapi kalau loan, eloklah balik ke jalan yang benar. Sebab anda sebenarnya sedang menderitai hidup ini. Anda tak selesa lagi. Anda cuma rasa selesa! Belum cerita lagi pangkat besar. Tentu tanggungjawab pun besar. Tension sini tension sana. Oh tidak! Tiada bezanya bergaji besar atau bergaji kecil.

Mungkin selama ini kita tidak sedar bahawa masa berlalu begitu pantas. Umur semakin meningkat. Ops..betulkah meningkat? Menurut perangkaan (petunjuk ekonomi makro) jangkahayat bagi seorang lelaki ialah 70 manakala perempuan ialah 75. Ini bermakna jika sekarang anda seorang lelaki yang berumur 30 tahun, berapakah baki umur anda sekarang? Ada lagi 45 tahun. Tahun depan berapakah baki umur anda? 44 tahun. Tahun seterusnya? 43 tahun. Oh! my god. I'm dying. Oh..no!

Anak pula semakin besar. Kereta masih 2nd hand. Kereta baru hanya setakat mampu beli saja (mampu beli atau mampu loan? oh..tidak) Tak mampu maintain. Tak mampu bayar insuran.

Hari ini nampaknya sama seperti semalam, malah lebih buruk. Mahukah anda lihat hari esok lebih buruk dari hari ini?

Marilah kita bangkit wahai rakanku. Masa sudah tiba untuk kita merubah nasib kita. Masa untuk buat duit dan simpan duit. Duit perlu dibuat, bukan dicari, melainkan ia sudah hilang. Itupun kalau dapat jumpa.

Selama ini kita cenderung untuk buat MLM atau direct selling untuk dapat side income, namun hasilnya entah bagaimana. Nampaknya kejayaan bukan untuk semua orang walaupun semua orang boleh berjaya jika tahu caranya.

Dengan adanya revolusi internet sekarang seharusnya kita ambil peluang. Jika tidak, peluang apakah yang ada untuk kita berjaya. Mampukah kita terus mencari dan menunggu? Saya cukup yakin dan percaya kita semua masih lagi mencari-cari peluang terbaik. Lebih dashyat lagi ada di antara kita yang langsung tak peduli dan tak nak mencari atau merebut peluang. Nak kata malas, rajin pula turun kerja setiap hari. Buktinya hari ini kita masih sama. Masih di takuk lama.

Oleh itu marilah kita sama-sama buat
bisnes internet. Satu kehebatan masa kini. Kita tak seharusnya ketinggalan.

Internet bukan untuk orang tertentu sahaja. Yang tak pernah pegang komputer pun boleh belajar buat duit melalui internet.

Diharapkan coretan ini telah memberikan anda sedikit sebanyak kesedaran untuk memulakan langkah ke arah perubahan dalam kehidupan masing-masing.

Nota: Anda boleh gunakan artikel ini untuk dimuatkan dalam blog atau laman web anda dengan syarat segala isi kandungannya tidak diubah dan harus dinyatakan sumbernya iaitu
http://www.geocities.com/edgarbiz
HOME
Hosted by www.Geocities.ws

1