Kerana menyedari akan kurang atau tiadanya pihak NGO atau swasta yang menawarkan kem-kem yang berbentuk penerokaan terhadap ilmu sains dalam bahasa kebangsaan, kami telah mula menawarkan program ini bermula pada tahun 1997. Kumpulan sasaran kami adalah kanak-kanak yang dianggap sebagai rebung untuk memberi mereka " mind setting " bahawa sains itu mudah dan menyeronokkan. Atas dasar itu, pendekatan yang kami gunakan adalah berdasarkan "learning by doing". Melalui pendekatan ini, pelajar diberi peluang belajar sains dengan cara mencubanya sendiri. Mereka akan dibahagikan kepada kumpulan dan diberikan helaian tugasan untuk disiapkan. Melalui tugasan ini mereka dapat mempraktikkan apa yang dipelajari disamping menguji beberapa kemahiran sains seperti memerhati, mengira, mengukur, membuat hipotesis dan sebagainya. Dengan ini diharapkan prestasi matapelajaran sains pelajar akan bertambah baik. Selama hampir 7 tahun penubuhannya, Eco Kid Adventure merupakan salah satu daripada jururunding pendidikan (Education Consultant) yang paling aktif menganjurkan program / aktiviti pelajar di sekitar Lembah Klang. Setakat ini kami telah melatih lebih 1,000 pelajar/ guru setiap tahun. Selain menjalankan aktiviti untuk pelajar, kami juga menjalankan aktiviti kepada guru-guru di seluruh Malaysia dengan kerjasama dari Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor, Negeri Sembilan, Selangor, WP Kuala Lumpur dan Pahang. Selain itu kami juga bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan seperti MPPJ dan DBKL. |
|||||||||||||||||||||||||||||
| Kem Sains UPSR & Kem Alam Sekitar | |||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
|||||||||||||||||||||||||||||
| Program-program Yang Ditawarkan | |||||||||||||||||||||||||||||
| Berita Terkini Eco Kid Adventure | |||||||||||||||||||||||||||||
| Home | |||||||||||||||||||||||||||||
| Kadar Bayaran Kami. | |||||||||||||||||||||||||||||
| RM80.00 untuk seorang pelajar bagi 3 hari / 2 malam. atau RM60.00 untuk seorang pelajar bagi 2 hari / 1 malam. ***************************** Bayaran ini termasuk penginapan, makanan (4 kali sehari), dan pengisian program. Waktu check in - 3.30 petang Waktu check out - 2.30 petang Bilangan peserta minima - 40 orang. Tiada bayaran tambahan untuk guru pengiring (1 guru : 10 pelajar). Contoh, tiada bayaran untuk 4 orang guru bagi mengiringi 40 orang pelajar. |
|||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
|||||||||||||||||||||||||||||
![]() |
|||||||||||||||||||||||||||||