Pengenalan

Fakta Burung Unta Ehsan Ostrich Farm

Kadar mortaliti burung unta sejak penetasan hingga hari penyembelihan ialah 1%

Burung unta akan mula mengawan & bertelur pada usia 24 bulan hinggalah usia 35 tahun

Seekor betina mampu menghasilkan telur antara 50 biji hingga 80 biji setahun

Sebiji telur mempunyai berat antara 1 – 1.5 Kg

Dari jumlah telur yang dihasilkan setahun, 80% merupakan telur yang subur untuk penetasan

Usia burung unta untuk penyembelihan ialah 13 bulan

Usia burung unta antara 30 hingga 70 tahun

Pada usia 13 bulan, berat burung unta ialah antara 90 kg hingga 120 kg, 30% dari berat burung adalah daging burung.

Kos pemakanan burung unta berusia 8 hingga 12 bulan ialah RM 1.50 sehari

Misi

Misi Jangka Pendek

Menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan

Menceburi & mengusahakan secara komersil bidang yang kurang diceburi oleh bumiputera

Memasarkan & memperkenalkan produk burung unta kepada penduduk tempatan

Alternatif penternakan yang kurang berrisiko & pulangan lumayan berbanding lembu & ayam

Mengoperasi agro-tourism burung unta

Menjalankan R&D untuk menghasilkan baka burung bermutu tinggi

Misi Jangka Panjang

Membuka padang ragut bagi penternakan burung unta

Membuka "Rumah Penetasan" bagi burung unta

Membekalkan anak burung bagi pasaran tempatan & luar negara

Membuka kilang membuat makanan & ubat untuk burung unta serta veterinari

Mengeksport produk burung unta & anak burung

Maklumat Pemasaran

Berdasarkan kajian JPH 2000

Populasi Malaysia 24 juta penduduk

Pengambilan produk daging per kapita : 4kg/setahun

Permintaan : 96 juta kg /setahun

10% merupakan permintaan daging burung unta : 9.6 juta kg/setahun

Penghasilan daging bersih bagi setiap burung unta : 30kg/seekor

Ini menunjukkan negara memerlukan sekurang-kurangnya 320000 burung setahun. Dengan mengambil pertimbangan kadar mortaliti sebanyak 50% dari hari pertama anak burung hingga hari penyembelihan , negara memerlukan 640000 ekor anak burung setahun.

 
Produk
Harga
 
Daging
32.00/kg
 
Kulit
600.00/seekor
 
Bulu
80.00/seekor
 
Leher
50.00/seekor
 
Tulang Rusuk
35.00/kg
 
Kulit telur
20.00 /biji
 
Kepala
80.00/kg
 
Kaki
120.00 sepasang
 
Anak (3bulan)
350.00/ekor

 

Peluang

Pengambilan daging per kapita yang tinggi oleh penduduk Malaysia merupakan sesuatu amalan yang kurang sihat. Namun dengan memperkenalkan produk daging burung unta ianya dapat mengurangkan gejala masalah penyakit disebabkan daging burung unta adalah bebas kolesterol & kaya dengan protein bermutu tinggi yang diperlukan oleh tubuh badan untuk membaiki tisu badan.

Masalah utama yang dihadapi oleh operator industri perladangan burung unta ialah masalah perbekalan serta pemasaran. Ini merupakan peluang yang paling baik dan sumber kekuatan EOF disebabkan usahasama yang telah dijalankan dengan pengusaha ladang burung unta dari New Zealand dan Amerika Syarikat sejak 2 tahun lalu, masalah perbekalan tidak menjadi masalah bagi menjamin bekalan yang berterusan dan konsisten serta bermutu tinggi.

Dari segi pemasaran, melalui usahasama yang dilakukan bersama pelabur asing, masalah ini telah dapat diatasi melalui perbekalan ke Arab Saudi, Oman, Qatar, Kueait dan Iran.

Konsep Perniagaan

EOF adalah berdasarkan 3 konsep perniagaan iaitu Agro-Pelancongan, Pemasaran Produk Penternakan & Kajian & Pembangunan (R&D). Oleh itu sumber pendapatan adalah berdasarkan perkhidmatan pelancongan & penjualan produk ternakan, sementara R&D akan mempastikan produk yang dihasilkan adalah bermutu tinggi.

Persaingan & Keupayaan

Jarak Ladang ternak yang menjadi pesaing :

Muadzam, Pahang - > 200km

Lendu, Melaka - > 200 km

Jelebu, Negeri Sembilan - >200 km

Infoternak, Perak - > 200km

Sungai Siput, Perak - > 200 km

Kelebihan EOF

Peladang/penternak yang berpengalaman

Sokongan dari Ahli Veterinar & Ahli Farmasi milik EOF dalam hal ehwal kesihatan & kawalan penyakit

Lokasi yang strategik bagi tarikan pelancong

Hartanah milik sendiri

Usaha R&D untuk menghasilkan baka burung bermutu tinggi

Matlamat & Objektif

Matlamat Lima Tahun

Pendapatan 5 tahun pertama mencapai RM 800000.00

Pembukaan ladang perbekalan baka burung berkualiti

Pengembangan R&D kilang pemakanan & produk veterinari

Pengilangan & pembekalan utama pemakanan dan ubat-ubatan industri burung unta

Pembukaan kilang proses makanan berasaskan produk burung unta

Pembukaan Ostrich Show Farm di setiap lokasi pelancongan utama

Penghasilan baka ostrich baru melalui kaedah Genetik Modifification yang mengeluarkan hasil lebih awal dan bermutu (Ehsan Ostrich Super-Flock)

 

BACK                                                                                NEXT

Hosted by www.Geocities.ws

1