+ Sesi Pelajaran

 
Kelas yang tadi senyap kerana tiada guru, kini menjadi senyap-sunyi. Ini adalah kerana guru yg paling digeruni telah masuk ke dalam kelas. Wajahnya garang dan bengis. Ikutilah pengajaran cikgu ini:

Murid-murid: Selamat pagi cikgu.
Cikgu: Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?(menengking) 
Murid-murid: Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
Cikgu: Panjang sangat! Tak pernah dibuat orang. Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
Murid-murid: Selamat sejahtera cikgu!
Cikgu: Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebut perkatannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?!!
Murid-murid: Faham cikgu!
Cikgu: Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
Murid-murid: (senyap)
Cikgu: pandai.
Murid-murid: bodoh.
Cikgu: tinggi.
Murid-murid: rendah.
Cikgu: keadilan.
Murid-murid: umno!
Cikgu: salah!
Muird-murid: betul!
Cikgu: bodoh!
Murid-murid: pandai!
Cikgu: bukan!
Murid-murid: ya!
Cikgu: oh tuhan!
Murid-murid: oh Hamba!
Cikgu: Dengar ini.
Murid-murid: Dengar itu.
Cikgu: Diam!
Murid-murid: bising!
Cikgu: itu bukan pertanyaan, bodoh!
Murid-murid: ini ialah jawapan, pandai!
Cikgu: mati aku.
Murid-murid: hidup kami.
Cikgu: rotan baru tau!
Murid-murid: akar lama tak tau!
Cikgu: malas aku nak ajar kamu.
Murid-murid: rajin kami belajar cikgu.
Cikgu: kamu gila!
Murid-murid: kami siuman.
Cikgu: cukup! cukup!
Murid-murid: kurang! kurang!
Cikgu: sudah-sudah!
Murid-murid: belum! belum!
Cikgu: kenapa kamu ni semua bodoh sangat?
Murid-murid: sebab saya seorg yg pandai!
Cikgu: ohh..melawan!
Murid-murid: ohh..mengalah!
Cikgu: kurang ajar!
Murid-murid: cukup ajar!
Cikgu: habis aku!
Murid-murid: kekal kami!
Cikgu: OK. Pelajaran sudah habis!
Murid-murid: KO. Pelajaran belum bermula!
Cikgu: sudah, bodoh!
Murid-murid: belum, pandai!
Cikgu: berdiri!
Murid-murid: duduk!
Cikgu: saya kata UMNO salah!
Murid-murid: kami dengar KEADILAN betul!
Cikgu: bangang kamu nie!
Murid-murid: cerdik kami nie!
Cikgu: rosak!
Murid-murid: baik!
Cikgu: kamu semua di tahan tgh nie!
Murid-murid: dilepaskan tengah mlm itu!
Cikgu: (senyap dan mengambil buku-bukunya keluar)

Sebentar kemudian, loceng pun berdering. Murid-murid berasa lega kerana guru yg paling ditakuti oleh mereka telah keluar. Walaubagaimanapun, mereka berasa bangga kerana telah dapat menjawab kesemua soalan cikgu tadi. Tetapi esok masih ada. Cikgu itu pasti akan datang kembali.

Hosted by www.Geocities.ws

1