Pertama sekali 'congratulate' kepada mereka yang berusaha untuk menjayakan aturcara gilang-gemilang yang diadakan setiap tahun, pada malam menyambut Aidilfitri. Sekalung budi dan jutaan terima kasih kepada sukarelawan yang masih menjaga dengan baik beberapa perkakasan bersangkutan dengan 'tradisi' turun temurun. Sesuatu yang unik, tidak terdapat di daerah dan tempat lain. Disambut penuh warna-warni, meriah dan penuh temasya (makan minum). Tidak lupa kepada AJK yang menyedia makanan ringan untuk jemputan - tetamu.
First, congratulate people who worked and success to implement which is most beauty and history on Aidilfitri 1st. Each year and season. Thank you those who volunteer to ensure all things being done. Colours and a unit festival, unforgettable people behind all these workmanship.
Saya menjemput beberapa individu untuk turut serta pada malam hari raya tetapi 'mereka' tidak percaya. Jarak lebih dari 10 kilometer dapat mendengar dentuman kuat dan jika berada pada jarak kurang 10 meter, anda tidak pasti masih dapat berkedip mata untuk melihat percikan api. Secara peribadi, mungkin warga Kg. Talang itu 'citizenship' yang berbakat untuk menyertai unit infranti dalam tentera jika diberi peluang.
Many people don't believe what we had for each year on 1st. Aidilfitri. The sound more 10 km, and you may not standing straight for less 10 meters. I believed the local youngest, teen ages and more are attend to be the military force unit.
Budaya itu sesuatu yang bisa berubah-rubah. Antara satu kaum, bangsa dan negara mempunyai budaya, tradisi perbagaian antara setiap kelompok, kumpulan berbeza pula antara satu yang lain walau kadang-kala satu bangsa. Nilai tradisi itu ada setengahnya dari ikutan nenek moyang tetapi tidak sedikit pula 'nilai baru' tercetus dari cara hidup, keperluan semasa, perubahan etika dan sosial masyarakat setempat dan sebagainya.
The cultures concern to change and validity by the local social lives. Different cultures, races and religions were forcing into and create new even sometimes they may from the same source of races. Today many new born cultures that growing from the multi races, traditions and religions which follows the local.
Kampung Talang tidak jauh dari TOLL Kuala Kangsar dan kurang dari 15 minit berkenderaan dari bandar terdekat (KUK). Jalan masuk utama untuk ke lokasi permainan itu, boleh melalui Kampung Talang Masjid. Terdapat satu kawasan sawah, dan anda boleh menyaksikan dari ban (parit kecil/saliran air) terletak ditengah-tengah sawah.
Only 15 minutes driving from the near TOLL Express Kuala Kangsar. Kampung Talang only less to near town - Kuala Kangsar. Only Kpg. Talang Masjid is the way where you get the place located all these 'players'. There is padi field, you can see from here clearly. Lights and the sound.
Saya tidak pasti siapa yang memulakan tetapi sudah tentu golongan lebih tua atau senior dari itu. Kemudian tidak pasti pula sejak bila mereka mengubah komponen tradisional (buluh - meriam buluh) kepada 'meriam yang dibuat dari logam (besi)'. Lebih terjamin dari keselamatan dan dapat mengurang risiko kemalangan jika berlaku sebarang 'kecelakaan'. Insiden buluh pecah hingga mengakibat kecederaan kepada pemainnya, adalah satu lumrah dan risiko sedia maklumi.
Many believed the old-timer started and begun all about. Also I not so sure when the cannon bamboo made has evolutes into new hand steel. The new steel hand made is safe and secure the 'players' from injuries and accident. Bamboo is not so strong as the steel made. Injuries while playing the bamboo made is common problem and the ordinary risk.
Namun setakat ini insiden dan kemalangan seperti itu belum berlaku. Langkah pencegahan telah diambil dengan memastikan setiap batang logam yang dijadikan 'meriam buatan' itu tidak berkarat, retak atau terdedah kepada panas dan hujan yang akan menghakis besi tersebut. Saya sudah memberi maklum dan menjemput mereka-mereka yang berkenaan tetapi kesempatan itu tidak diambil. Pengalaman yang menarik tidak sentiasa diperolehi. Ada masanya kita tidak menghargai 'ruang' untuk memboleh kita menimba pengetahuan baru.
As long no one injured or accidentally crack the hand steel. Safety regulation undertakes by the local. Only the experience 'player' has the access to take part. I invited many of you but not many to take the advantage. New experience pass by the time. Certain of us may to experience and learn new but the 'field' they easy had lost.
Tradisi turun temurun
Kampung Talang itu tidak akan meriah jika tidak ada bunyi dentuman pada malam hari raya. Setiap musim dan tahun, bergilir dan berganti dari satu peringkat kepada peringkat lain hingga ia menjadi satu bentuk muafakat menrealisasikan aturcara gilang-gemilang. Bermain mercun dan bunga api itu bukan budaya orang Melayu tetapi proses 'simulasi' dari hidup berbagai kaum dan bahasa mencorak satu bentuk 'budaya
baru' yang bersifat 'general culture' dapat diterima semua bangsa - Melayu, Cina, India atau Kadazan.
Without sound and the light the villagers feels not to complete enjoyable. Each seasons and years people are changing and placing one team to another different level and age. Then its come team to work, volunteer and one heart to present what I called - big-bang ceremony, kemeriahan aidilfitri. Assimilation and living together create and born new platform of culture to share among the Chinese, Indian, Malay.
Bila musim perayaan, bunga api dan mercun sudah diterima pakai. Hanya permainan meriam buatan ini tidak pasti sejarahnya secara terperinci. Kalau di kampung ini, dimula oleh orang tua dahulu kala. Meriam buatan dari komponen buluh kini lebih maju dengan logam dan tempat meletak karbait, seolah-olah butiran kelongsong peluru meriam, sesuatu yang 'featuristik'.
Each Malaysian festival many accepted the way we share experience. Only the 'way this' villagers to act on 1st Aidilfitri is much look different. Old folks play the bamboo's made but they had to develop - cannon steel hand made. They built complete the accessories and the complete spare part.
Persiapan dibuat pada 15 haribulan berpuasa atau seminggu sebelum akhir berpuasa. Mengumpul sejumlah dana dan tabung bagi kegunaan 'pemain' berkumpulan dengan kewangan mereka sendiri dan tabung orang ramai, bagi mengadakan majlis keraian - makan minum untuk pengunjung. Setiap tahun, pengunjung tidak kurang dari 1000 orang itu sudah pasti. Daerah Kuala Kangsar ini hanya di situlah satunya perkampungan bermain meriam secara 'temasya', tidak terdapat diperkampungan lain.
All the basic work started on 15 of the fast month or a week before ending the fast. They volunteer to collect all the expenses needed for food and drink to welcome the visitor. Many years attended by local and interest people more 2,000 peoples. Kuala Kangsar, this is the first place and located the way they celebrate the 1st. Aidilftri.
Jika ada, tidak mendapat sambutan kerana Kg. Talang itu sebagai 'peneraju'. Mereka adalah kumpulan, perorangan yang mendahului dari perkampungan lain. Bermain secara kecilan itu bisa dikunjungi, tetapi kalau sebagai satu temasya besar-besaran sesuatu yang luar biasa dan unik.
Kg. Talang is the founder. Where else you find as what they celebrated, useless because by nature people respect for the first. Yes you find many small group who play the traditional cannon made from bamboo or the coconut tree but when talking about the 'ceremony', much easy to forward Kg. Talang.
HOW MANY CARE THEIR PRIVATECY & ILLEGAL ACTIVITIES DURING THEIR INTERNET ACCESS? Get several tips and procedures secures y'r PC,write to [email protected]
Meriam
Setiap satu ada yang memiliki ukuran panjang hingga 5 depa dan ukur lilit 16 inci atau 24 inci. Malah ada juga kumpulan yang memiliki lebih dari itu dan anda tidak akan sanggup untuk berdiri terlalu dekat dengan mereka (kawasan/tapak). Pada tahun 2004, saya mengambil kesempatan untuk berada di tapak permainan mereka, tidak sanggup untuk melepaskan telinga yang ditutup rapat dengan tangan dan mata tidak akan mampu untuk melihat.
Cannon:
Each more than 15 foots long and diameter, less 24 inches. You can find some of them have more from 15 foots. The year 2004, I being worried to look how they play less then 5 meters, my hands finger the ears and your eyes shall 'blinking' by the lights.
Mereka ingin dapatkan gambar foto untuk cetakan (photo print) digital sila
>>KLIK DI SINI>> Tidak lupa kepada penyumbang VUEGO COMPUTER SCANNER, Alief Shah UKM Bangi, kemudahan akses diluar
waktu pejabat - Tg. Mohd. Shahrizal Tg. Zainal Abidin (eja).
Selain bunyi dentuman sangat kuat, gelombang yang terhasil juga akan menolak anda. Anda akan merasakan, 'apakah ini keadaan sebenar sebuah unit infrantri militari'? Sungguh mengkagum dan merupakan satu pengalaman baru. Percaya atau tidak, bunyi dentuman itu dapat didengar hingga lebih dari 10 Km.
Not only the sound but the wave hits you step back. The real feel, 'is this the real infantry force unit in battle'? It excited and new experience. Believe it or not's the sound could hear more 10 km away.
Belum ada orang kampung yang membuat aduan 'bising' tetapi pernah sekali dua apabila taman berhampiran mula-mula didiami dan dibangun. Kebanyakan penghuni taman itu terdiri dari masyarakat luar daerah yang belum biasa dengan keadaan itu dan kini, mereka boleh menerima perkampungan berhampiran itu 'bunyi meriam' di malam hari raya adalah 'trademark' yang boleh dibanggakan hingga terima kasih atas kesudian tetamu kehormat seperti Ketua Daerah Kuala Kangsar (D.O) sudi menyaksikan permainan itu dari jarak lebih 400 meter.
Several years while new housing estate built near the village, people feel the locals play illegal. Then understood this the ceremony local act on 1st of each Aidilfitri. One of the local trademark. The villager trademark and the only one.
Terima kasih kepada AJK/sukarelawan
Rumpun Melayu terkenal dengan 'sifat gotong royong'. Ada orang berpendapat, apakah wajar bergotong-royong kepada aktiviti yang tidak berfaedah dan membahayakan kepada golongan muda-mudi terdiri dari golongan pelajar? Setakat ini, belum pernah berlaku insiden yang tidak diingini. Logam besi sebagai meriam itu sesuatu yang amat diyakini.
Some of you willing to express the opinion what benefit from the work. Malays more on commonly in handling and helping hands each of those. Is safe enough for the cannon players? Today, more confident for the cannon steel-clad hand made.
Apakah berfaedah?
Faedah dari segi 'keuntungan' yang menghasilkan 'pendapatan' itu tidak mungkin. Kebanyakan yang terlibat secara sukarelawan. Namun faedah dari segi 'sumbangan ke arah memeriah suasana malam hari raya' itu suatu yang terpuji. 'Kemeriahan' dan 'temasya' itulah yang sesuatu yang 'unik'. Tidak terdapat pada tempat lain. Hanya diperkampungan itu sahaja masyarakat luar dan setempat menimba pengalaman baru bagaimana menyambut perayaan khususnya pada malam aidilfitri.
What benefit?
No commercial willing to give you in any words of benefit or profit. People is willing to volunteer and together hand to hand. But those who taking part gives the public in new experiences, lighting the 1st night before ending the fast month. Everyone feel enjoyable and the ceremony has own 'trademark'. Unit and only the one. Local and neighbours also interest people come, they enjoy what they seen.
Gambar dalam ruangan berikut ini adalah sumbangan dari Araen Talang Dusun. Pihak laman mengucapkan jutaan terima kasih dan berbesar hati atas sokongan tersebut. Anda boleh dapatkan aksi lain - gambar-gambar sekitar malam Aidilfitri yang lalu. KLIK DI SINI>>
Next photo is sponsored by Araen Talang Dusun. The web team appreciate your support. See new photo update on December 17th. 2004 - CLICK HERE
Masa depan: Ciri keselamatan perlu ditingkatkan (jika perlu)
Staff danurusetia bagi kerja-kerja kendalian aturcara malam sambutan tersebut perlu berusaha untuk menyedarkan pemain tentang keselamatan diri. Langkah dan prosedur risiko kemalangan, kecederaan perlu ditingkatkan. Saya mencadangkan supaya setiap pemain dibekalkan:
Topi keledar
Cermin mata/cermin plastik kalis habuk
Sarung tangan (glove)
Boot atau sekurangnya bukan selipar
Jarak antara tapak (pelantar) utama dengan pengunjung dijauhkan.
Topi keledar | Risiko kecedaraan pada kulit kepala, tengkok atau tengkorak kepala dapat dielakan jika muncung hadapan meriam logam itu pecah atau bocor dari hentakan api dari bahan karbait tersebut. Bahagian muncung berkemampuan untuk pecah atau bocor itu terletak di antara jarak 12 sentimeter hingga 1 meter dari muncung meriam tersebut. Walau hala tuju pecahan terarah ke hadapan tetapi percikan dari serpihan itu bakal mengenai pemain yang bertenggong di atas palong atau batang besi tersebut.
Cermin mata/cermin plastik | Hentak yang kuat dan padu dari percikan api dari bahan karbait itu jika berlaku kebocoran bahagian hujung akan mengakibatkan pemain cedera dibahagian muka, mata dan kepala selain badan.
Boot dan sekurangnya bukan selipar | Mereka juga dapat mengelak kecedaraan pada jari kaki dan bahagian lain seperti tumit dan sendi kaki jika kebocoran paip dan serpihan melanting.
Jarak tapak pemain dengan pengunjung | Pengunjung tidak digalakan berada dikawasan pelancar meriam. JIka berlaku kebocoran dan serpihan yang serius, kepingan besi itu akan melanting. Hentak kuat akibat dari percikan api karbait itu akan menghasilkan 'tenaga' untuk menggerak serpihan2 bagi satu jarak yang jauh, sekurangnya dibawah 20 meter.
Sarung tangan (glove) | Glove itu sudah lama dipraktikan oleh kebanyakan pemain dan ia sesuatu yang baik untuk dipraktikan seterusnya. Dapat mengelak kecederaan bahagian tangan dan jari jika serpihan itu bocor atau terpelanting tanpa kawalan.
Walau belum pernah berlaku insiden yang tidak diingini namun langkah pencegahan perlu diambil disamping menjadikan satu prosedur penting setiap mereka yang berminat untuk bermain atau mencuba meriam buatan tersebut. Sila ambil perhatian.
Jemputan
Jika tidak dimintapun saya secara peribadi menjemput mereka yang berminat untuk menimba pengalaman temasya dan keunikan menyambut malam aidilfitri itu boleh datang ke Kg. Talang Masjid untuk mendapat butiran lanjut. Keunikan itu hanya berlaku setiap tahun, pada malam Aidilfitri sahaja. Anda juga boleh kirimkan email peringatan untuk perayaan tahun akan datang ke [email protected] atau ke [email protected] . Sistem kiriman auto-reply akan memberi maklum anda tarikh
berkenaan. Terima kasih.