KEMASKINI November 3, 2005

 
 

Home | Boy The Junior Kelab Suhardi Hassan | Kolej Komuniti Teluk Intan | School WebNet | PNM | PSSTNM

 
 

::AIDILFITRI 2004

Left: Areip, Pendi and Ann, view their mobile Nokia Ngage ".. contactlah kami dan selamat raya..";


Personal text

:: Kejujuran diri, budaya menipu, ikhlas dan hubungan sosial

:: Jadikan diri pekerja yang jujur, di mana-mana peluang akan terselah luas

:: Abu Lahab dan Abu Jahal, periksa diri kita apakah tergolong dari mereka itu?

:: Pelajar Puo: Jawapan kemusykilan & keraguan antara kejahilan diri atau keliru dengan agama politik?

:: Jawapan kepada pelajar sebuah sekolah agama: Kehendak berjemaah itu bagaimana? Mengisi keperluan fardhu kifayah atau berdiri di atas takwa?


 

<<menu utama

 

Terima kasih kepada semua yang terlibat untuk menjayakan misi malam Aidilfitri.  Laman ini dibangun untuk skrin bersaiz 800x600 dpi, penggunaan I.E versi 5 keatas dialukan.

 

::Tulisan Dr. Othman el-Muhammady::

Ajaran & pemikiran sesat dalam kontek Islam KLIK SINI TEKS PENUH

Sumbangan Tasawuf dalam perkembangan Islam di nusantara KLIK SINI TEKS PENUH

 

Favourite links:

Pertubuhan Seni Silat Telapak Natar Malaysia

Persaudaraan Nasrulhaq Malaysia: Perkembangan baru dan sumbangan terhadap ilmu jurus

Ilmu tenaga dalam, Auro Menjora

 

 

Meditasi: rehatkan minda dan muhasabah perjalanan berbeza

 

Assalam..;

 

Insyallah ta'ala moga-moga dalam ruangan yang sangat sempit ini, dapat kita mengambil peringatan walaupun sedikit.  Biar sedikit dari tidak ada apa-apa.  Umpama turun ke laut menjadi nelayan, pagi-pagi turun ke laut memasang jerat, pulang walau tidak banyak seekor dua adalah cukup buat bekalan dari tangan kosong dengan penuh kehampaan.  Jangan berkalih dari mata memandang untuk terus meneliti, apa bahan yang hendak disampaikan.  Maka barakah guruku, Bapak Hamarjan bin Imam Mat Shalih, para masyaih dan para mursyidur.  Para al-abidin wal-sholehin, para muktakiin dan para mukaraabin, para sekalian aulia' wal-anbia iwarmursalin.  Moga-moga kalam hati dan pena yang sedikit itu, jatuh masuk ke lubuk hati nurani.  Terkemudian ia akan merenungi dan mendasari, hasilnya mendatangkan kesedaran-kesedaran diri terhadap beberapa perkara. Mereka yang dekat, bawalah kejujuran dan keikhlasan diri insyallah ta'ala kehidupan akan berdiri penuh dengan persaudaraan dan kasih sayang; pertama kali kejujuran diri kita terhadap tuhan.  Mengakui kelemahan-kelemahan dan kekurangan yang ada.  Tuhan, kurniankanlah kurnia nikmat dan taufik-wal-hidayah, berikan hikmat, kekuatan hati untuk berjalan sepanjang ehdinas sirrathalmustaqim, kekuatan untuk kembali jalan yang asal lagi lurus, kekuatan yang merubah hati naluri dan keinginan menjadi manusia dan hamba yang baik penuh ketaatan.

 

Perjalanan diri

 

Ramai kalangan kita itu sering terikut-ikut dengan suasana persekitaran, maka kata para alim-ulamak itu - kotak fikiran seseorang akan ditentukan oleh dengan siapa dia bergaul.  Pada ruangan itu akan menghasilkan dua perkara samada fikiran-fikiran yang positif dan kedua yang negatif.  Sabda nabi Muhammad saw, "..duduk beramai-ramai itu lebih baik dari kamu duduk berdua, duduk berdua itu lebih baik duduk bersendirian tetapi duduk bersendirian itu lebih baik dari bergaul dengan manusia yang jahat .."  Maksud hadis itu merujuk kepada kesinambungan hubungan sosial kita seharian.

 

Hidup dan kehidupan tidak berhenti di sini.  Di sini bermaksud kita hidup, membesar hingga remaja dan dewasa, dewasa kepada hari mendatang dan meniti kemudian kematian satu kepastian seperti mana firman Allah ta'ala, "..setiap yang hidup pasti merasai mati..".  Persoalan besar itu ialah apa ada selepas kematian?  Bagaimana menghadapi kehidupan kematian?  Apa berlaku antara nyawa dan jasad?  Apa sedang berlaku dalam kubur yang gelap gelita dan sebagainya.  Firman Allah ta'ala, "..kamu akan dibalas atas apa yang kamu kerjakan walau sebesar zarah.."

 

Agama Buddha hanya mempercayai - hukum karma.  Setiap perbuatan yang baik akan dibalasi dengan kebaikan dan begitu sebaliknya.  Apakah agama yang kita anuti itu seperti itu juga?  Bagaimana?  Tidak begitu.  Agama kita itu menghabarkan bahawa kehidupan ini adalah tempat bercucuk tanam, hasilnya akan dibalasi atau dituai di kehidupan jauh kekal abadi, yaumil-akhirah.  Hitungan kebaikan dan kejahatan akan dihisab di kampung akhirat.  Dunia adalah perjalanan menuju ke sana.  Perintah dan larangan-larangan adalah ketaatan yang difardhukan (perintah) oleh tuhan untuk menguji siapa antara kita yang terbaik dan baik.

 

Meditasi

Kehidupan sangat rumit lagi sulit.  Kesusahan perlu diganding dengan cita-cita untuk merubah, daya usaha dan kegigihan adalah kekuatan diri.  Keinginan yang kuat dapat mengubah, walau suatu tempat itu dilindungi oleh hutan belantara, keinginan yang kuat dapat menjadikan hutan itu terang benderang.  Bukit-bukit ditarah dan pokok-pokok dipotong.  Tidak ada dalam hidup terkecuali dari masalah hidup.  Masalah famili, masalah diri dan masalah sosial.  Masalah itu ujian.  Bencana, petaka, musibah itu ujian.  Fitnah itu juga ujian.

 

Masalah seringkali mengaitkan individu dengan stress atau tekanan

Tekanan seringkali dikaitkan dengan kesihatan mental dan tekanan mental, sakit mental dan gila.  Sakit mental bukan gila, perkataan gila merujuk kepada gangguan fizikal kepada saluran darah dan tunjang utama mengakibatkan penyaluran oksigen dan darah ke bahagian utama otak tidak dapat berfungsi. Gila itu sendiri terbahagi kepada beberapa bahagian lain yang tabiat dan cara hidupnya juga seperti itu - gila.

 

Perubatan moden seringkali istilah stress itu dengan kesihatan mental dan kawalan kesihatan.  Faktor dan penyumbang untuk de-stress atau menghilangkan bebanan mental atau tekanan itu dengan bersukan, bersosial dan mengadakan aktiviti riadah yang lain tetapi kaedah yang paling berkesan ialah dengan rawatan atau mengadakan aktiviti meditasi melalui latihan dan teknik penafasan.  Sejarah rawatan meditasi dan bermeditasi itu dipelopori oleh orang-orang India dan tidak hairanlah kerana sejarah perubatan berkembang pesat di tanah besar itu hasil dari sumbangan ilmuan kedoktoran terkenal Ibnu Sinar, beliau pernah singgah di India sewaktu perjalanan dari daerah-daerah utara Rusia ke negeri Iraq.

 

Meditasi dan latihannya menggunakan teknik pernafasan, melalui pernafasan akan mengalirkan sejumlah besar oksigen ke saluran darah, membawa kepada jantung ke hujung saraf-saraf utama tubuh badan langsung kepada bahagian utama komponen sel otak.  Otak perlukan oksigen dan darah yang sihat untuk melancarkan keaktifan lebih agresif, dapat menghasilkan anti-bodi dan menyahkan sejumlah besar bahan-bahan kimia berbahaya.  Ke'dian dari pemprosesan itu tadi, apabila sistem tubuh badan kuat, dapat membuang bahan cernaan, meningkatkan tenaga elektrik dalam  tubuh badan disamping menguatkan gelombang magnetik dalam usaha pencegahan jangkitan penyakit.

 

Seseorang yang berada dalam stress atau tekanan, hati seseorang itu menghasil sejumlah besar bahan toksid.  Begitu juga dengan keadaan seseorang sedang marah, hati akan menghasilkan toksid dan mengalirkan ke dalam tubuh badan.  Hasil dari itu tadi, seseorang itu mudah mendapat penyakit.  Tubuh badan menjadi lemah dan tidak berdaya, akibat dari itu, perubahan wajah juga berlaku.  Muka menjadi muram dan murung.  Fikiran tidak sihat kerana sistem perjalanan urat saraf otak sudah dicemari dengan bahan toksid dan ion-ion negatif.  Fungsi otak untuk mencernakan fikiran yang kuat, sihat, positif, ceria dan sebagainya sudah tidak mampu berkerja.

 

Meditasi adalah kaedah mengembalikan sifat natural tubuh badan secara automatik dengan menjana tenaga-tenaga dan fungsi bina dalam tubuh badan manusia tanpa perlukan rawatan ubatan dan dadah.  Dalam latihan meditasi juga terdapat pencapaian hirarki perjalanan kotak fikiran seseorang yang terbahagi kepada 1) fikiran sedar, 2) fikiran di bawah sedar dan 3) fikiran tidak sedar  (m'gkin ada istilah lain yang lebih tepat berbanding apa yang saya gunakan).  Tingkat-tingkatan pencapaian kotak fikiran itu ialah proses menaturalkan fungsi otak kepada kedudukan asalnya (boleh difahami untuk menjadikan ianya berkedudukan sebagai neutral antara positif dan negatif, kerana fikiran itu berfungsi sebagai neraca, penimbang).

 

Walau sebegitu latihan dan teknik yang dipelopori dalam dunia perubatan, namun jiwa manusia itu seringkali tidak pernah serik dan puas.  Tidak pernah merasa kelapangan sebenar, tidak pernah merasakan cukup apa yang ada, tidk pernah merasakan bahawa kehidupan dunia itu bukanlah yang sebenar pencapaian yang perlu dikuasai, diterokai.  K'dian dari pekerjaan untuk berkuasa dan menguasai itu tadi, mereka seringkali berasa kecewa.  Cita-cita yang diusaha tidak menjadi, tidak tercapai. Keinginan diri tidak dapat diikuti oleh persekitaran baik dalam hubungan sosial dan alam.  Kita kecewa, murung dan akhirnya kembali semula kepada dunia stress dan kemurungan, kadang-kala kepada sakit mental sebelum gila.

 

Musahasabah diri

 

Muhasabah juga dibahasa atau dimengertikan dengan menelek-nelek diri dengan pencapaian, apa yang sudah diterokai, dikuasai atau apa-apa yang masih kurang yang perlu diperbaiki antara hubungan dirinya dengan tuhan dan hubungannya dengan manusia.  Habluminallah dan habluminannas.  Perkara pokok itu ialah hubungan diri antara kita dengan tuhan itu bagaimana?  Apakah hari ini lebih baik dari semalam?  Kesalahan lalu dan semalam dan kemarin itu sangat dikesali?  Apakah dosa yang dilakukan itu sangat memintakan dan memerlukan pertolongan taufik wal-hidayah dari Allah untuk terus miliki kekuatan untuk berjuang, melawani kehendak syahwat dan nafsu amarah itu moga-moga mencapai kemenangan?

 

M'gkin menelek, apakah diri kita rasa teramat bersyukur?  Bagaimana kehidupan kita dan orang lain?  Syukur kepada tuhan ku?  Terima kasih tidak terhingga atas kurnia nikmat apa yang kita ada dan sudah miliki?  Bagaimana?  Pekerjaan itu akan mendatakang sifat kesedaran.  Kesedaran terhadap kehambaan dan perlunya gantungan diri kepada PENCIPTA.  Firman Allah ta'ala, ".. hendaklah kamu berpegang kepada tali Allah (agama), nescaya segala urusan akan dikembalikan kepada-NYA..";

 

Apakah tanda kita itu bersyukur atau sentiasa merasakan bersyukur?

Tanda orang bersyukur itu ialah seperti dalam hadis, "..orang yang bersyukur ialah yang banyak berterima kasih sesama manusia..".  Saya selalu tekankan kepada mereka yang dekat itu, kita perlu semaikan sifat rasa bersyukur kepada tuhan.  Pekerjaan itu nanti akan kita lihat bagaimana kehidupan bisa menemukan perkara yang baik dan molek-molek, baik dalam ruang cita-cita, keperluan, keinginan dan cita-cita diri apalah lagi hubungan sosial seharian. 

 

Sering juga saya peringatkan moga apabila kita berada diluar dari kelompok setempat, di mana-mana kita disenangi, disayangi, dikasihi dan mudah berteduh jika perlu.  Tabiat orang yang bersyukur itu ialah sentiasa berkata dalam dirinya 'terima kasihlah tuhan ku' (dalam bahasa Melayu yang mudah), sentiasa berasa berterima kasih sesama hubungan sosial mereka, menghargai kebaikan orang lain, manakala mereka yang berbuat baik itu bukanlah pula satu tugasan untuk mengharap balasan baik setelah bakti disemai melainkan bagaimana tanggungjawab kita yang menerima kebaikan itu? Telek diri? Siapakah kita? Adakah termasuk orang yang bersyukur atau mereka yang tidak kenal budi?  M'gkin orang yang tidak tau bersyukur dengan kurnia nikmat dari tuhan-NYA?

 

Ada orang yang dalam lubuk hatinya tidak tau bersyukur, tidak pernah merasakan apa yang datang itu satu nikmat dan kurnia atau pertolongan dari Allah ta'ala kepadanya.  Hatinya juga tidak pernah hendak merasakan apakah perlu aku itu menjaga baik hubungan sosial antara mereka yang memberi nasihat, simpati dan ehsan?  Apa yang berlaku jika kita berada dalam seperti itu ialah kerana tidak ada agama di dalam diri.  Jiwa agama tidak ada, tidak diasuh dan tidak ditanam.  Dunia persekitaran tidak menyumbang kepada berbudi dan berbahasa, hati sudah jauh untuk didekati dari sifat murnia kemanusiaan dan ehsan.  Andai kita berhadapan dengan orang seperti itu, janganlah kita merasakan terkilan.  Firman Allah ta'ala, "..hendaklah berpesan-pesan dengan kebenaran dan kesabaran..";

 

Orang yang hati sudah jauh dan sangat sukar untuk didampingi oleh faktor penyumbang persekitaran dan psikologi, maka seperti air dan batu.  Air itu sangat lemah, lembut, halus tetapi dapat merubah batu batan yang keras.  Hanya diri kitalah yang perlu bersabar dan bersabar.  Perlu kesungguhan dan iltizam dengan apa maksud kita berbuat demikian, apa tujuan dan objektif, haluan dan lorong-lorong laluan kita.

 

Muhasabah itu jalan membawa kepada keinsafan diri. Kesedaran diri terhadap kurnia kehidupan yang sangat banyak serta tidak ternilai.  Baik makan minum, pakaian, nyawa dan sebagainya juga sihat tubuh badan. Berusaha kerana dipertanggungjawabkan atas pengsabitan usaha dan ikhtiar, jika tidak tercapai maka kesedaran bahawa perkara yang diburu-buru dan diidamkan itu bukan rezeki serta milik kita.  Firman Allah ta'ala, "..kadangkala, kamu inginkan sesuatu yang baik bagi mu, tetapi ia tidak baik di sisi KAMI.  Dan kadang-kala, kamu tidak menyukai sesuatu sedang ianya baik di sisi KAMI..";

 

Jalan merehatkan minda tidak menghubungkan diri manusia dengan tuhan-nya.  Paling tinggi merehatkan minda itu ialah kembali kepada peng-neutralan.  Sedangkan sifat natural itu masih bukan jawapan bagi segala-galanya.  Sifat tabie pada alam tidak berdiri dengan sendiri.  Itu sahaja yang membezakan antara latihan meditasi dengan muhasabah.  Latihan meditasi tidak merujuk kepada kepecayaan agama melainkan teknik pernafasan itu diguna pakai.  Manakala muhasabah diri dengan mendekatkan diri dengan tuhan itu adalah jalan-jalan mereka yang memperakui kepercayaan agama.

 

Seorang rahib, seorang pendita turut mengikuti jalan muhasabah diri itu tetapi tentulah perjalanan yang dibawa tidak sama dengan agama yang kita anuti ini.  Kristian juga miliki amalan kerohanian seperti muhasabah diri dan tidaklah sama dengan jalan yang diterokai oleh mereka yang menganuti agama Islam. Namun perjalanan selain dari menuju kepada tuhan yang berkonsepkan ajaran meng-tauhid-kan tuhan itu tidak menemukan jawapan dan persoalan yang bernoktah.  Malah ajaran lain dari agama kita itu pasti menemui soalan-soalan yang perlu diterokai.

 

Kemerdekaan dan kebebasan

 

Sewaktu Yusuf Islam mencari kebenaran dalam kepercayaan beragama, dia beranggapan tidak perlu seseorang itu untuk merasa merdeka dari belengu hawa nafsu dan syahwat, membebaskan diri dari kekeringan fikiran dan keinginan hingga terpaksa mengasingkan diri mendaki bukit dan gunung yang tinggi hingga ke Himalaya.  Tidak perlu meninggalkan kehidupan dunia untuk menjadi rahib.  Tidak perlu mengasingkan diri dari kehidupan realiti.  Dia mengikuti setiap doktrin ajaran yang dibawa, baik agama langit seperti ajaran Kristian, Yahudi atau agama budaya dan falsafah seperti Hindu dan Buddha atapun agama anisme seperti ajaran-ajaran Thoa.  Segalanya tidak sesuai dalam kehendak sifat dalaman diri hingga kepada apa yang diajarkan oleh Islam, yakni agama meng-tauhid-kan tuhan (Allah ta'ala).

 

Orang muda-mudi, membebaskan diri dari belengu kehidupan, masalah peribadi dan kebosanan itu bukan dengan menghisap dan ketagih gam, meminum minuman keras hingga mabuk, mengisi dengan keperluan seks, atau dengan berjalan merayau-rayau tanpa tujuan dengan kononnya untuk de-stress atau menghilangkan tekanan.  Itu bukan jalannya.  Akal fikiran itu menjadi satu kewajipan untuk memelihara supaya fungsinya tidak rosak dan binasa.  Tidak menjaga akal bermaksud mendatangkan dosa.  Perintah menjaga akal itu satu kewajipan.

 

Akal tidak dijaga dari sebarang bentuk yang menagihkan, selalunya akan rosak.  Akal sudah diisi dengan seks, mengidu gam untuk merangsang fungsi otak, ketagih arak untuk membolehkan akal itu mabuk dengam maksud lupa segala-galanya adalah satu kesalahan.  Ketagihan adalah sesuatu yang sangat sulit untuk dihindari.  Bukan sahaja masalah ketagihan dadah dan arak tetapi juga apabila akal diransang dengan seks, apabila ia ketagih sangat sukar untuk dihindari.  Pencegahan sangat berperanan bukan merawat.  Seseorang yang sudah ketagih sangat sukar untuk sembuh. 

 

Belengu fikiran dan kehidupan itu dibebaskan dengan kepercayaan dan pegangan agama.  Agama mengajar manusia untuk bukan sekadar meng-natural-kan fikiran tetapi memahami fungsi dan kuasa yang meng-natural-kan fikiran itu.  Selain mengajar bahawa kehidupan dunia dan alam syahadah itu bukan tempat berhenti selama-lamanya.  Sabda nabi Muhammad saw, ".. bukanlah erti kekayaan itu kamu miliki harta benda, melainkan kekayaan sebenar itu miliki budi pekerti yang mulia (akhlak)..";

 

Jangan pula kita miskin lagi bertambah buruk budi pekerti.  Biar miskin harta kaya dengan budi pekerti.  Jangan kita biarkan diri kita tidak ada budi pekerti dan pekerjaan yang baik.  Jangan.  Andaikata sudah tidak ada kekayaan harta benda dunia, buruk budi pekerti pula dengan membuat jahat kepada manusia, menipu, merompak, memfitnah orang lain, menjatuhkan orang lain dan sebagainya maka, apa yang tinggal lagi untuk kita dikehidupan yaumil-akhirat.

 

Sabda nabi Muhammad saw, "..hendaklah kamu menghitung diri seolah-olah kamu akan dihisab suatu hari nanti.."; memerhati diri. Pekerjaan bermuhasabah itulah jalannya.  Dari jalan itu akan kita lalui apa itu mujahadah, apa itu musyahadah dan apa itu musyahidah dan seterusnya.  Pekerjaan dan jalan-jalan itu tadi akan menempat kita supaya sentiasa merdeka dan bebas dari belengu.  Samada belengu itu namanya masalah, petaka, musibah, fitnah dan bala.  Segala itu tadi untuk menguji iman dan kepercayaan kita.

 

Firman Allah ta'ala, "..apakah kamu mengaku beriman sedang KAMI belum datangkan ujian untuk kamu .."; 


Falsafah: Jendela keindahan

 

"bacalah dengan nama tuhan yang mengajar manusia dengan pena"; Radio ERA dalam iklannya mengatakan orang yang tidak membaca itu samalah seperti orang yang tidak mengikuti perkembangan zamannya, apa yang membezakan seseorang itu ialah apa yang dibacanya.  Namun pada ayat Iqrak itu ' baca ' bukan merujuk kepada majalah hiburan atau suratkhabar, gosip artis dan lain-lain tetapi membaca dengan memerhati Sifat dan Asma Allah ta'ala.  Memerhatikan tentang alam kejadian dan manusia, baik bernyawa maupun tidak.  Pengamatan, mentelaah sambil berfikir dengan memerhati isi kandungan apa yang disampai oleh al-Quran itulah tuntutan dari ayat itu tadi.  Pengamatan, pemerhatian bisa melahirkan kepercayaan tentang akidah dan tauhid.  Tauhid atau pekerjaan meng-tauhid-kan tuhan itu bermula dengan alam, terbit kepercayaan itu dikatakan tauhidur-af'al.  Bermula dengan ilmu hinggalah kepada pengalaman.  Maka tentang tauhid itu akan terus berjalan (mendaki) kepada satu makam (tingkat) kepada makam yang lain baik tauhidur-af'al, sifat, zhat dan asma.  Ruang pada JENDELA KEINDAHAN ini adalah sinopsis merupakan pengalaman langsung dalam beberapa perkara yang bersabit dengan berbagai sudut, dari alam benda, kerohanian, kebatinan dan falsafah.

 

Perjalanan sering kali bertali arus dengan apa yang engkau cari.  Maka jalan itu ialah apa-apa yang tersemat kuat di dalam hati, kerana hati adalah tempat teleknya Maha Mendengar lagi Melihat.  Janganlah engkau tidak jujur pada diri, kelak tidak jujur juga kehidupan dan seluruh isi alam terhadap engkau.  Janganlah engkau membenci dan mengainaya orang lain yang jauh lebih rendah kedudukannya dan janganlah engkau hanya tau untuk mengaut untung berupa habuan dari laba dunia dari mereka yang berada di atas kamu itu dengan maksud memperguna-gunakan mereka.

 

Bawakan, bawakan kejujuran diri.

Jujur terhadap tuhan yang menjadikan kamu.  Mencipta kehidupan, baik dari alam nyawa dan benda.  DIA mengetahui apa-apa yang kamu zahirkan, baik kamu sembunyikan.  Kamu tidak sedikitpun alpa dari kekuasaan dan kerajaannya yang Maha Agung.  Kejujuran kamu bermula dengan diri sendiri, apakah jujur kamu dengan tuhan kamu?  Jika tidak, kamu juga tidak jujur dengan kehidupan dan seluruhnya manusia.

 

Bersyukurlah, bersyukurlah.  Allah memberikan kebenaran-kebenaran untuk kamu berpindah randah, berhijrah dari satu tempat ke tempat lain, dari satu makam kepada makam yang lain, dari satu kenalan kepada kenalan baru.  Dari satu daerah kekeringan dan kontang, kepada kasih sayang.  Alam penuh ehsan dan persaudaraan.  Siapakah yang memberi kurnia nikmat itu?  Maka ucaplah kesyukuran kepada tuhan rabul-alamin, tuhan sekalian alam.

 

Firman Allah ta'ala, "Sesungguhnya hati-hati manusia itu dalam tangan KAMI (kekuasaan)";  kenapa kamu seringkali tidak mengerti.  Bicara hati yang tandus, apabila tiba waktu sangat pertolongan dari langit, apakah kamu tidak rasa bersalah terhadap kurnia nikmat tuhan kamu terhadap kamu?  Dulu kamu miskin, diberikan kekayaan, kemudian kamu menjadi orang2 sombong lagi bongkak.  Dahulu kamu keseorangan, entah hilang dibalik batu dan hutan, apabila diberi lorong mudah untuk kamu mencari jalan-jalan mengubah kehidupan, apakah kamu tidak rasa bersyukur?  Jangan sekali jadikan diri umpama anjing yang menyalak bukit.

 

Kamu berkata "..bilakah datangnya pertolongan dari langit..";

 

Laungkan kesyukuran.  Lazimkan dalam hati,kesyukuran.

Firman Allah ta'ala, "..tidak KAMI jadikan sesuatu itu dengan sia-sia.."; tidak ada erti kemiskinan, kesusahan, bencana, musibah, keperitan, kepayahan melainkan ianya akan dimanfaatkan oleh seluruh yg bernyawa.  Antara satu yang lain akan mengerti untuk dijadikan pedoman dan panduan, dan kamu antara dua keadaan baik atau buruk itu akan menjadi dua golongan, 1) mereka yang dijadikan sebab akibat dari perbuatan buruk itu dan ke 2), kamu dari mereka yang menjadikan kejadian itu sebagai iktibar, peringatan dan panduan moga tidak berlaku dikalangan diri, keluarga, rakan taulan dan sanak saudara.

 

Laungkan kesyukuran.  Firman Allah ta'ala, "..mereka yg bertakwa dan beramal sholeh, KAMI tanamkan perasaan kasih sayang dlm jiwa mereka.."; dan kamu pula berada di mana?  Manakala pada firman yang lain dalam hadis qursi pula, "..kasihlah oleh mu yang dibumi, nescaya yang dilangit akan mengasihi diri mu..";

 

Tiap kali kurnia dan hidayah tuhan mu, kerap pula engkau buta lagi menghitamkan.  Gelap lagi pekat.  Apa sebenar yg berlaku dalam hati itu?  Apakah dilindungi oleh kehidupan yang gelap lagi memekatkan?  M'gkin hati itu telah punah dibakar oleh arak yang memabukan.  Barang siapa meneguk setitik hamar, selama 44 hari malaikat rahmat tidak akan mendekati.  Jangan sekali.  Jangan sekali memandang enteng kerana hamar itu ibu kejahatan.  Ketua kepada kejahatan.  Paksi kepada kejahatan kerana hati itu tempat menerima nur imani dan nur illahi, cahaya iman itu mendorong kepada kerukunan agama manakala cahaya illahi itu mendorong kepada taufik-wal-hidayah Allah ta'ala.  Hati itu tempat bicara makhluk kepada Khalik (Pencipta).

 

Firman Allah ta'ala "..sesungguhnya Allah itu berada di dalam hati orang-orang yang bertakwa.."; ertimakna berada di situ ialah tempat jatuhnya ingatan (zikir) kepada Allah ta'ala bagi seorang manusia itu ialah makam hatinya.  Apabila hati sudah dirosakan, apa lagi yang tinggal?  Nafsu.  Sabda nabi Muhammad, "Sungguhnya nafsu amarah ku itu mendorong kepada kejahatan yang nyata".

 

Kehidupan penuh kegusaran, maka kata Imam Raniri, Andaikata jika engkau itu menemui kegusaran, maka bergaulah dengan mereka yang ahli, jika engkau gusar juga, bergaulah mereka yang seiring dengan engkau, jika engkau gusar juga, maka berhijrahlah, jika engkau gusar juga, maka bersabarlah.  Seandainya gusar, maka bersabarlah, jika gusar lagi maka bersabarlah (begitulah yang dapat diringkaskan dari kata hikmat Imam Raniri seorang ulamak nusantara disegani di Indonesia, Acheh).

 

Tidak boleh seseorang itu setelah ia percaya kepada agama meng-tauhid-kan tuhan itu maka iapun jatuh kecewa dan berputus asa dalam hidupnya.  Limpah kurnia dan rezeki itu dalam berbagai bentuk, rupa dan warna-warni tidak hanya kepada kekayaan material.  Ada yang hidup dengan anak-anak yang ramai, tetapi tidak kaya.  Mereka yang kaya tidak pula memperolehi anak-anak, mereka yang cerdik pandai tidak ada jaminan terang benderang hatinya untuk masuk kedalam dunia rohani, manakala mereka yang kurang berjaya dalam pendidikan, tidak semestinya tidak berjaya dengan hanya berbekalkan kepada tulang empat kerat dan cita-cita.

 

Mengubah dan menyandar kehidupan untuk berubah itu bukan dengan makhluk.  Apalah lagi dengan mengharap bantuan dari makhluk ghaib seperti jin.  Hendak jadi kaya raya dengan meminta pertolongan dari jin yang kononnya dapat mendatangkan faedah dan keuntungan.  Tidak begitu caranya.  Kenapa jadi begitu?  Maka kejadian itu perlu dijadikan tempat untuk kita berfikir, merenungi apakah terbit keinsafan dalam diri terhadap perlunya ketulusan dalam hidup beragama.  Apakah pengetahuan kita itu cukup untuk menjadi benteng dari penyalahgunaan dan penyelewengan jalan yang dikatakan lurus itu?  Bagaimana.

 

Oleh demikian, kita perlu sentiasa bersyukur.  Kita perlu berusaha mencari ilmu pengetahuan sebanyak mungkin.  Sentiasa berterima kasih.  Jangan memilih lorong yang salah.  Jangan membiasakan diri dengan merangsang fikiran dengan perkara yang ketagih kerana ia merosakan fungsi akal.  Jadilah orang yang bersyukur dan berterima kasih.  Jadikan amalan berterima kasih, menghargai kebaikan dan kebajikan orang itu sebagai amalan.  Insyallah, kesedaran, perpaduan, kasih sayang akan membaitkan keinginan sama-sama untuk berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.

 

Salam aidilfitri.

Yahoo Messeger boyjunioripoh

Kuala Kangsar Bandar Diraja

November 2005.

 

 

Kembali Laman utama

 

 

 

Copyright reserved � 2005 Anazil bin Nordin All photos protected by the photos representative and any re-produce, copy into new media and source, re-printed and download without prior notice to Ahmad Farid bin Saidin is illegal.  Permission is only for personal basis and further please write email or inform Ahmad Farid bin Saidin at +60174632553, webpage at +60175962269. The article and text - is personal opinion and suggestion without brings/ forward any conclusion and formal statement from all the people who standing behind this page/ Semua bahan teks dan artikel adalah pandangan peribadi dan cadangan tanpa membawa atau membuat kesimpulan dan pandangan rasmi dari mereka-mereka yang bernaung di balik laman ini.  Each hyperlinks belonged to respective webpage representative/ Setiap jaringan adalah kepunyaan tuan punya laman tersebut.  Detail about the webpage, write emailat [email protected] or [email protected]   

 

 
Hosted by www.Geocities.ws

1