KEMASKINI November 3, 2005

 
 

 HOME |  Petronas | Anarchy and Maxis | Commercial | The Lovers | Orange Singapore

 
 

::AIDILFITRI 2005

Mereka semua mengucapkan selamat hari raya aidilfitri (2005) dengan harapan moga2 ceria selalu disamping keluarga tercinta..


O.p - "..selamat aidilfitri kepada semua team bekas2 student agama Jeniang, juga member2 di Maahad Tahfiz di IPOH.."

 

 

 

:: Herba Manis produk Kiambangmas Enterprise 40 tahun pengalaman dalam industri makanan tradisional KLIK SINI


:: Perlukan khidmat nasihat insurans? Kunjungi Tot Services atau +60126667424 Nizam agen berdaftar Kurnia Insurans KLIK SINI

 

Favourite link:

Pertubuhan Seni Silat Telapak Natar Malaysia

Persaudaraan Nasrulhaq Malaysia: Perkembangan baru dan sumbangan terhadap ilmu jurus

Ilmu tenaga dalam, Auro Menjora

 

AIDILFITRI DAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL

 

Salam aidilfitri,

 

Kesempatan dalam ruang yang sempit ini, pihak kami ingin menulis beberapa catatan yang moga-moga dapat kita renungi sejenak.  Berfikir dan terkemudian melakukan perbezaan antara bandingan pengalaman yang lalu dan terkini.  Pada ruangan itu nanti bisa melahirkan buah fikiran dan pendapat baru serta fahaman yang dahulunya kita tidak dapat kuasai.  Aidilfitri itu telah di-Melayu-kan sedang dari bahasa dan perkataan yang asalnya disebut 'edul-fitri'; membawa erti 'kembali kepada asal usul' atau dapat dimengertikan sebagai kembali kepada asal kejadian.  Maka asal usul kejadian itu ialah kepada kenapa dijadikan alam? Kehidupan? Manusia dan alam benda?  Maka segala soalan dan pertanyaan seperti itu akan menemui persoalan ketuhanan dalam kehidupan terhadap kepercayaan dan agama. 

 

Pengalaman sering kali mendatangkan antara dua pilihan 1) kesedaran dan keinsafan dan 2) menemui perkara-perkara baru dalam kehidupan, baik berhubungan dengan ilmu pengetahuan atau falsafah hidup.  Kita boleh belajar dari pengalaman, kerana pengalaman akan melahirkan pengetahuan hidup baik bidang pengurusan dan pentadbiran, hubungan sosial dan segalanya tidak semestinya ilmu pengetahuan hanya didapati di pendidikan formal seperti universiti dan sekolah-sekolah.  Dalam hidup dan erti kehidupan tidak ada tempat untuk kita menolak untuk mencari dan menimba ilmu pengetahuan.  Jika kita ' terpinggir dari usaha menambah ilmu pengetahuan ' menjadikan diri kita ketinggalan.

 

Aidilfitri dan tanggungjawab sosial,

Kita perlu sedari dan mendatangkan kesedaran terhadap ertinya 'edul-fitri' itu dalam kontek bahasa dan apa yang diajarkan oleh nabi Muhammad saw.  Tanpa kesedaran terhadap pengertian itu tadi, 'definisi aidilfitri' akan menjadi satu bentuk budaya dan adat yang dipusakai turun temurun, dari satu generasi kepada generasi yang lain. 

 

Di sini, kehidupan sangat baik.  Maka setiap dari kita perlu melafazkan kesyukuran sebanyaknya.  Tempat kita tidak ada erti kemiskinan yang hidup mudarat tanpa cukup makan dan minum, melainkan tempat terpencil dibahagian-bahagian Malaysia Timur Serawak dan Sabah.  Itupun disebabkan oleh masalah perhubungan yang terpencil dan jauh dari sumber yang dipertanggjungjawabkan dalam menangani urusan dan pentadbiran bantuan dari kerajaan negeri. 

 

Di Malaysia, hidup muafakat antara kaum itu adalah penyumbang besar kepada erti kesejahteraan dalam sebuah negara yang berbilang bangsa dan budaya.  Orang Melayu selalu menitik beratkan tentang sikap muafakat hingga terhasilnya beberapa rangkap pantun dan madah atau peribahasa.  Muafakat itu nadi kepada kesejahteraan yang membawa keamanan.  Kita tidak boleh lagi membawa sikap ketuanan kepada bangsa lain.  Bangsa lain itu tidak mengenali kampung halaman mereka kerana di Malaysia inilah darah tumpah daging mereka.  Hari ini daya usaha dan kesungguhan, kemahiran dan pendidikan adalah penentu kepada nilai kepada ketuanan dan harga diri.

 

Adalah perlu untuk kita menginsafi diri, tidaklah semua kalangan dari hubungan sosial yang terjalin itu terdiri dari mereka dan individu yang lebih bernasib baik.  Tidak semua dari kita dapat menyedia kelengkapan untuk perayaan Aidilfitri itu dengan kemewahan, makan minum dan pakaian-pakaian baru.  Ada yang menyambut secara sederhana.  Kita perlu ada sifat sensitiviti terhadap hubungan sosial kerana diruang itu akan menerbitkan nilai-nilai kasih sayang, tanggungjawab sosial, belas ehsan dan perpaduan serta kemanusiaan.

 

Jiwa kita perlu sentiasa peka terhadap keperluan-keperluan yang dapat diberi pertolongan kepada mereka yang memerlukan.  Tidak semesti pertolongan itu merupakan sumbangan wang ringgit tetapi kita turut boleh lakukan dengan sokongan moral, khidmat nasihat dan pandangan serta bimbingan.  Sifat sensitiviti seringkali menjadikan diri kita kepada sifat tanggungjawab dan bertanggungjawab.  Selain dari itu jika kita memiliki pengamatan terhadap agama, maka tugas kebajikan dan kebaikan adalah aset peribadi terhadap hubungan sosial dan tuhan-NYA.

 

".. tidak sempurna iman seseorang hingga ia kasih saudara seagama, seperti mana ia kasih pada dirinya .." dan pada ruangan yang lain pula, "..barang siapa yang menyempurnakan hajat seorang mukmin yang lain, seolah-olah dia telah menyempurnakan hajatnya .."

 

Pengistilahan politik mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, melakukan tugasan kebajikan untuk masyarakat/rakyat atau bekerja untuk masyarakat.  Seandai seseorang itu mengamati kehidupan agama, maka istilah politik dan politiking itu telah diambil alih tanpa mengikut acuan-acuan kepartian dan kelompok.  Agama mengajar kita berusaha dan berlumba melakukan kebaikan dan kebajikan.  Agama mengajar kita tentang kebaikan bakal diperolehi dari amalan berbuat baik itu tadi tanpa perlu mengharap puji-pujian dari manusia.

 

Pada ruang yang lain pula, firman Allah ta'ala, "..mereka yang bertaqwa dan beramal sholeh, akan KAMI tanamkan perasaan kasih sayang dalam jiwa (hati) mereka ..";

 

Hubungan sosial yang baik dan akrab perlu dipelihara.  Sabda nabi Muhammad saw, ".. sahabat itu umpama bintang yang bertaburan dilangit, ada yang berkedipan.  Ikutilah mereka nescaya kamu beroleh petunjuk .."  Kita perlu mengenali siapa kita bergaul.  Pergaulan seringkali menyumbang kepada corak fikiran seseorang.  Sangat sedikit untuk individu itu akan berdiri pada kakinya sendiri apabila berada dengan siapa dia bergaul.  Memiliki jati diri yang ulung akan membuat pendirian seseorang itu sangat utuh dan tidak mudah untuk berumbang-ambing dan terikut-ikut dengan perkara yang tidak molek.

 

Antara hubungan sosial dan tanggungjawabnya, perlukan kepada hubungan persaudaraan yang jujur dan ikhlas.  Tanpa keikhlasan moody keakrapan itu tidak akan dapat disediakan.  Kasih sayang dan ertinya persaudaraan yang baik tidak dapat diwujudkan jika kita membawa hati yang tidak tulus.  Persaudaraan itu antara mukmin dengan mukmin yang lain, ia tidak berdiri dengan keperluan wang ringgit, tidak kepada pangkat dan nama tetapi memerlukan iman dan agama.  Tanpa agama dan iman, sifat persaudaraan dan kasih sayang itu tidak dapat diterbitkan oleh hati  (cahaya hati).

 

Terima kasih kepada semua mereka yang terlibat sewaktu menyediakan segala keperluan dan kelengkapan untuk menjayakan misi aidilfitri yang gemilang ini.  Syabas dan tahniah untuk anda sekalian dan maaf zahir dan batin.

 

Salam tulus ikhlas,

Ehsan

Kampung Talang Hilir

Kuala Kangsar.

Kembali menu utama

 

Ahli jawatankuasa yang terlibat.| Koleksi foto 2005 | Kandid | Aksi pilihan

 

 

 

Copyright reserved � 2005 Anazil bin Nordin All photos protected by the photos representative and any re-produce, copy into new media and source, re-printed and download without prior notice to Ahmad Farid bin Saidin is illegal.  Permission is only for personal basis and further please write email or inform Ahmad Farid bin Saidin at +60174632553, webpage at +60175962269. The article and text - is personal opinion and suggestion without brings/ forward any conclusion and formal statement from all the people who standing behind this page/ Semua bahan teks dan artikel adalah pandangan peribadi dan cadangan tanpa membawa atau membuat kesimpulan dan pandangan rasmi dari mereka-mereka yang bernaung di balik laman ini.  Each hyperlinks belonged to respective webpage representative/ Setiap jaringan adalah kepunyaan tuan punya laman tersebut.  Detail about the webpage, write emailat [email protected] or [email protected]   

 

 

 
Hosted by www.Geocities.ws

1