
Kata aluan
DI BAWAH
LEMBAYUNG KERAJAAN YANG DIPERTUANKU INI
Bismillah,
Laman ini
sudah berusia lebih dari 4 tahun. Asal dibangun untuk Diploma
Teknologi Maklumat (DTK PUO) di bawah kendalian saudara Khairul Anwar.
Objektifnya tidak tercapai. K'dian bagi menyempurnakan domain
tersebut maka moleklah diguna pakai sahaja dengan kandungan lain dari
apa yang dirancangkan. Jutaan terima kasih kepada seluruh warga
yang menjayakan projek laman ini, AJK yang tidak bernama dan mereka yang
berusaha ke arah menrealisasikan aturcara gemilang pada setiap tahun.
Ruangan
sempit lagi kerdil ini, kesempatan untuk memberi pandangan dan berkongsi
sedikit pengalaman. M'gkin pengetahuan itu jarang kita temui,
mungkin pengalaman baru yang tidak pernah kita temui.
Kesedaran-kesedaran dalam tanggungjawab sosial kita, molek sekiranya
kita mengambil satu pendekatan, mengambil sikap berhati-hati dan
sentiasa berwaspada. Kita perlu membebaskan diri dari belengu
kejahilan, memahirkan diri dengan ilmu pengetahuan dankemahiran, itu
adalah dua sumber 'kekayaan diri'.
Bebaskan
diri kita dari 'belengu' kemiskinan. Belengu ketinggalan dalam
menguasai kemahiran dan pendidikan yang sempurna. M'gkin waktu
kita itu sudah berlalu, apakah perkara yang sama turut dilalui oleh
mereka yang junior kepada kita, anak-anak dan adik-adik kita. Para
remaja dan dewasa secara umum. Dalam 'erti' kebebasan dan
kemerdekaan ini, jangan ada dikalangan anak-anak Melayu ketinggalan dari
sudut memperolehi pendidikan sempurna, menguasai ilmu kemahiran dan
berusaha menguasai bidang-bidang yang menjadi 'agenda' negara.
Keluarga Orang
Melayu
Perjuangan
orang Melayu tidak habis-habis dengan pembangunan kewangan dan harta
benda. Membangun para usahawan dan perniagaan, membimbing orang
Melayu dalam beberapa perkara untuk membolehkan bangsa mereka tidak 'ketinggalan'
dalam tanah airnya sendiri. Penguasaan bidang ekonomi sudah lama
dikuasai oleh orang lain kerana bukan kesalahan orang Melayu.
Pelaku dan perilaku itu terjadi di kebanyakan negara-negara komenwel
yang terjajah dan dibelengu oleh penjajah untuk beratus-ratus tahun.
Masalah
peribumi dan imigran sentiasa dominan. Kadang-kala pendekatan
kekerasan melahirkan ketidakstabilan antara pembangunan ekonomi dan
politik. Kekerasan diguna oleh kuasa pemerintah tetapi pihak lain
pula menggunakan kuasa ekonomi untuk mempengaruhi setiap ruang dan sudut
yang langsung kuasa pemerintah itu menjadi kerdil. Akur dengan
kehendak-kehendak kadang-kala terpaksa korbankan status dan maruah
bangsa peribumi.
Tidak ada
satu pun di atas muka bumi itu hanya bangsanya sahaja yang mendiami apa
yang dikatakan tanah airnya. Perubahan sejarah, budaya dan faktor
penjajahan telah membuatkan kita hidup perlu menerima perbagai bangsa,
bahasa dan budaya. Firman Allah ta'ala KAMI jadikan kamu itu
berbilang bangsa, moga-moga kamu dapat mengenali antara satu yang lain.
Hidup ini
satu 'perubahan'. Masa dan waktu akan memaksa kita, mau tidak mau tetap
akan berubah. Pada waktu lain kita hari ini bertemu, besok-besok
akan terpisah. Kita bertandang, lusa tulat kita berlalu pergi.
Mereka yang dekat dengan kita akan menjauhkan diri, mereka yang dulunya
adalah musuh nombor satu paling dibenci, hari ini kita duduk berdua
sambil minum 'air kopi'. Apa yang sudah, telah sudah.
Kehidupan tetap akan terus berubah.
Usia muda,
adalah tempat mengguna segala kesempatan. Perbaiki kemahiran diri,
mencari ruang meningkatkan pengetahuan. Segala sudah disedia oleh
pemerintah. Usaha sahaja selain keinginan bisa membawa kita kepada
obor-obor kehidupan yang sinar bergilapan. M'gkin juga usaha kita
itu menjoros kepada kesesatan, penyelewengan dan permusuhan yang
langsung, semalam jiran kita itu manis senyumannya, pagi ini masam
seperti cuka.
Usaha
dan Ikhtiar, dua perkara. Usaha ialah gerak atau diam, sengaja atau
tidak. Manakala ikthiar itu ialah 'memilih', antara dua tempat
seperti mana sejarah nabi saw, suatu hari orang bertanya Ya rasulullah,
apakah engkau melarikan diri dari qadha Allah? (kerana pada waktu itu
dalam perjalanan dari Madinah ke Mekah, Mekah mengalami penyakit taun).
Baginda menjawap ia, sambil baginda memberi contoh. "..jika engkau
diberi dua bidang tanah. Satu yang subur dan lagi satu yang kering
kontang, maka manalah yang akan engkau pilih?" (Sila dapatkan
rujukan lengkap Kitab Aqidatun Najin)
Pertanyaan
itu terjadi kerana baginda saw, mengubah laluan untuk tidak terus ke
Mekah kerana pada waktu itu wabak taun sedang menular. Darihal
usaha dan ikthiar itu jelas menunjuk kepada kita konsep 'akidah
ahli-sunnah-wal jemaah' tentang kewajipan beriman kepada qadha dan
qadhak Allah ta'ala. Maka andaikata dihadapan kita itu 2 lorong.
Satu yang lurus, dan satu lagi itu jalannya tidak molek atau bengkok,
mana satu yang kita pilih? Tanpa pengaruh dan ajaran agama manusia
pasti akan memilih yang baik buat dirinya. Antara yang baik sudut
fikirannya itu terdapat yang lebih baik dan baik serta terbaik maka
seterusnya.
Bagi
seorang Muslimin, tentulah memilih lorong baik. Bertepatan pula
dengan panduan dan pedoman yang diajarkan oleh kitab dalam agamanya
yakni al-Quran dan sunnah itu adalah petunjuk atau praktikal apa yang
telah disampai, diperbuat, diamalkan oleh baginda saw. Ada perkara
dalam kehidupan itu secara logik (akliah) adalah baik. Pada sudut
lain, yang dikatakan baik itu sebenar dari pengaruh-pengaruh hawa nafsu.
Apabila manusia menuruti taksiran atau definisi baik mengikut hawa
nafsunya pasti akan membawa kerosakan, kemusnahan, bencana dan
perpecahan selain yang memudharatkan diri.
Umpama kita
berniaga, kita suka kepada kekayaan. Pasti kita berusaha kerana
usaha itu jalan atau medium untuk membolehkan cita-cita direalisasikan.
Kaya itu baik untuk kita. K'dian apabila hawa nafsu itu menguasai
fikiran, kita akan berusaha tanpa batasan. Tanpa ada panduan dan
halangan. Tanpa ada kejujuran dan tegahan mengikut struktur dan
rangka yang ditetapkan oleh agama. Kita akan gunakan rasuah,
menipu dalam perniagaan, menjatuh perniagaan persaing kita dan
sebagainya. Padahal menjadi kaya itu baik. Memiliki wang
yang banyak itu baik tetapi, taksiran dari hawa nafsu dikatakan baik itu
tidak sebenarnya baik mutlak (sebenar).
Kehidupan
Jangan
fikir hidup ini panjang. Usia yang tua itu tanah, air, gunung dan
bukit. Pawa lewat usia belum tentu akan mati dan mereka yang baru,
kadang-kala pendek. Lebih pendek dari jarak antara matahari dan
sinar cahaya pada lewat senja. Jangan fikir tidak mengapa membiar
diri berada dalam ruang 'tidak tau' dalam urusan agama. Membiarkan
sifat tidak tahu, sekadar ikut-ikutan itu sesuatu yang bertentangan
dengan ajaran agama. Seorang Muslim tidak boleh membiarkan diri
mereka terus berada dalam kejahilan.
kejahilan
akan membinasakan kita. Kejahilan akan membawa kita kepada
kesesatan dan penyelewengan. Kejahilan turut menjoros kita kepada
perbuatan, perkara yang bidaah 'apa yang dibawa al-quran
dan sunnah'. Bida'ah ialah perkara baru yang bersangkutan dengan
'urusan agama'. Kehidupan ini perlu kepada panduan. Panduan
dan pedoman yang selamat, terjamin itu tentulah al-Quran dan Sunnah saw.
Sunnah ialah 'perkara yang dibuat secara berulangan' atau 'routine job'
oleh Nabi Muhammad saw. Sunnah itu berhubungan dengan peribadi,
pengurusan, pentadbiran, komunikasi, sosial dan pendidikan selain ia
turut berkaitan dengan kehidupan para sahabat dan keluarga. Sunnah itu
perlu kita fahami.
Dari sebuah
hadis maksudnya Sesungguhnya syaithan telah berputus asa dengan
dengan kamu, tetapi dia redha selagi kamu melakukan sesuatu yang baru.
oleh itu berhati-hatilah kamu dalam urusan agama mu. Setiap yang
bida'ah (baru) itu sesat. Tanpa ilmu kita tidak akan
dapat mengenali sesuatu yang 'baru' atau bersifat 'batil' atau terkeluar
dari ajaran agama. M'gkin dua perkataan al-Quran dan sunnah itu
diulang-ulang akan menimbul suatu perasaan 'big-speech' namun itu
sesuatu yang perlu kita fahami.
Misalnya,
kita tidak pernah sekali melihat atau membelek-belek CD atau DVD yang
original. Apabila kita berkunjung ke pasar-pasar malam, kita
lihat, DVD dengan tajuk-tajuk tertentu, bekas, warna, rupa,
rekabentuknya, kandungan dan nombor siri selain pelekat keselamatan.
Bagaimana kita dapat kenal pasti sama DVD itu yang original atau palsu?
Mungkin jika harga jauh lebih rendah, itu lebih memudahkan kita.
Bagaimana jika harga itu sama yang dijual di pasaraya besar? Sama
dengan agen penjual kaset yang bertauliah?
Sudah
tentu kita perlukan ilmu, pengetahuan sedikit sebanyak kerana sudah atau
pernah melihat-lihat atau membelek-belek DVD yang original. Maka
mudahlah kita menentukan bahawa DVD yang ada dihadapan kita ini adalah
'palsu', bukan dari 'DVD original'. Walau bungkusan, warna dan
rekabentuknya sama tetapi ia sebenarnya 'palsu'. Di sinilah
peranan besar 'ilmu' dan 'pengetahuan'.
Begitu juga
dalam kehidupan yang berhubungan dengan agama dan amalan. Sekarang
golongan muda-mudi disogok dengan 'ajaran-ajaran agama' yang diajar oleh
mentor berfungsi sebagai pakar motivasi, diajar dengan
ilmu kebatinan dengan alasan untuk menjadi 'gagah perkasa', 'berani' dan
'kuat'. Jika kita tidak ada ilmu dan pengetahuan yang bersumber
al-Quran dan sunnah (original source), maka bagaimana dapat kita
menapis, mengenali perkara-perkara itu?
Tentulah
menguasai al-quran dan sunnah suatu yang sangat besar. Namun, kita
ada tuan-tuan guru (agama) yang boleh didampingi. Mengajar kita
ilmu fardhu-ain kerana itulah ilmu dan pengetahuan menjadi kewajipan
kita Muslim dan Muslimat. Ilmu fardhu-ain itu perkara pokok sebelum kita dapat 'berjalan' kepada perkara yang lain
(furuk - cabang-cabang agama). Fardhu-ain itulah yang perlu
dikuasai kerana tanpanya kita meletakan diri dalam suasana dan keadaan
'kejahilan'.
Bukan satu
kesalahan dan larangan untuk kita bersosial, bergaul dan berkenalan.
Namun, dalam pergaulan itu sering kali akan mempengaruhi. Orang
yang jiwanya kental lagi kukuh, padu dan utuh, jika dirinya berwarna
biru, dicelup ke dalam warna hitam, tetap biru. Dicelup ke dalam
warna merah, tetap dia biru. Jika dia dicelup ke dalam warna
kuning tetap ia biru. Dirinya tidak akan bergoyah dan
beralun-alun, kerana dia tau mana yang benar, mana yang hak dan batil
(sesat) sifatnya. Maka dirinya perlu kepada ilmu dan pengetahuan.
Kita perlu
mendapat dan menguasai ilmu agama dari 'sumber yang asli'.
Dapatkan dari original source tanpa dicampur adukan dengan perkara yang
bukan 'pokok'. Agama tidak perlu kepada ilmu silat, ilmu
kebatinan, kebal, ilmu berani dan sebagainya. Agama itu ialah
'suatu pegangan atau iktikad atau kepercayaan terhadap kewujudan tuhan'.
Agama itu satu pedoman, panduan. Agama itu kepercayaan.
Agama itu satu perkara yang sangat rapat dengan jiwa manusia.
Agama itu
satu 'pegangan'/ kepercayaan yang meletakan tuhan sebagai tempat
'tujuan'. Agama itu satu lorong, jalan untuk mencapai maksud
tujuan hidup dan akhir kehidupan. Agama itu satu kaedah untuk
menyatakan manusia percaya kewujudan tuhan. Agama itu adalah
'jalan' untuk menyatakan kewujudan tuhan atau kewujudan penguasa yang
bersifat Kuasa. Maha Kuasa, Maha Agung, Maha Bijaksana dan
lain-lain.
APA
DIKATAKAN AGAMA ITU
AGAMA itu
'ialah mengenal tuhan'.
Imam Malik,
"..awal agama itu mengenal tuhan (Allah ta'ala)..";
Pengenalan
kepada ketuhanan itu akan menimbulkan 'kepercayaan' (iman).
Seorang
guru pernah bertanya, apakah iman - percaya itu umpama kita percaya si
pulan si pulan itu boleh belajar dan membuat roti canai? Kita
percaya kemampuan si pulan si pulan itu mahir membuat roti canai kerana
dia belajar dari seorang. Atau 'iman' atau kepercayaan itu yang
bagaimana definisi dan kehendaknya? Sejauh mana kepercayaan itu
perlu diterap di dalam jiwa dan fikiran? Bahawa kita percaya
kewujudan tuhan. Wujud tuhan yang sifatnya Gagah Perkasa,
Bijaksana, Kaya, Berkuasa Lagi Menguasai, HIdup Lagi Menghidupkan,
Agama itu
mengenal tuhan. Mengenal tuhan itu akan menerbitkan kepercayaan.
K'dian dari kepercayaan itu bagaimana pula tuhan itu? Tuhan yang
dikatakan berkuasa? Bagaimana dikatakan tuhan yang bersifat ESA,
ULUNG dan UNGGUL? Semua agama-agama langit (Ibrahim, Musa dan Isa)
mengajar meng-Tauhid-kan tuhan. K'dian bagi kita, apakah dikatakan
TAUHID atau meng-tauhid-kan itu?
Ruangan itu
kita perlukan kepada ilmu dan pengetahuan. Adalah kewajipan diri
kita untuk membebaskan diri dari kejahilan. Ilmu fardhu-ain itu
ialah;
(1) Ilmu
Usulluddin/ tauhid
(2) Ilmu
ibadat / fiqih
(3) Ilmu
akhlak / tasawuf
Ini adalah
ilmu diwajipkan setiap individu Muslim itu menguasainya. Jika
tidak kita akan terikat dengan 'taklid' atau 'kepercayaan atau amalan
yang sekadar ikut-ikutan' yang tidak bersumber kepada dalil dan
kepercayaan yang terbit di dalam hati. Iman ini perlu terbit di
dalam hati bukan seperti kata Dr. Hamka dalam salinan pita tape Kuliah
Subuh, jangan sekadar penghias lidah, tidak turun ke hati.
Tanpa perkara ini, ISLAM kita itu tidak akan mengikut acuan-acuan apa
yang dibawa oleh nabi Muhammad saw.
ISLAM, IMAN
dan EHSAN adalah rukun agama. Bagaimana kita hendak berbicara
tentang ISLAM, tentang jihad fisabilillah sedang perkara pokok yang
menjadi akar kepada 'agama' gagal difahami dan dikuasai sama sekali?
Bagaimana kita hendak menyibuk-nyibuk urusan amal-makruh dalam hubungan
sosial atau muamalat sedang perkara fardhu ain tidak pasti.
Bagaimana pekerjaan kepada soal fardhu kifayah sedang pengikut, pemimpin
dan mentor-mentor itu turut tidak mahir dengan kecergasan mengenai ilmu
yang menjadi fardhu itu.
Tidak
hairan kita lihat, mereka atau kumpulan yang menggunakan nama dan
tema-tema ISLAM tetapi pelakunya membawa kepada sesuatu yang sangat
jelek dan menjoros kepada penyelewengan akidah / pegangan.
Menjoros kepada perkara yang memudharatkan IMAN dan TAUHID kita kepada
Allah ta'ala. Mengajar kita dengan tema-tema ISLAM sebutannya
tetapi pegangan dan akidah mereka itu menjoros kepada keruntuhan nilai
agama yang suci. Agama yang dibawa oleh nabi Muhammad saw ini
mengajar manusia itu Tauhid bukan 'syirik'.
Firman
Allah ta'ala, "..jangan kamu ikuti Thogut.."; THOGUT itu ialah mereka
yang meletakan sandaran-sandaran kuasa selain dari Allah ta'ala.
Apakah ilmu
kebatinan, ilmu kebal dan susuk kuat dan sebagainya itu mendapat tempat
di sisi Allah ta'ala? Dengan ilmu-ilmu itu tadi menjadikan diri
kita gagah perkasa, kuat, kebal, lagak, sombong, berani. Apakah
sifat-sifat itu mendapat tempat di sisi Allah ta'ala? Firman
Allah ta'ala, "..sesungguhnya KAMI jadikan syurga itu untuk mereka yang
tiada berkehendak kepada kemegahan..";
Jalan
dikatakan syurga dan ISLAM tetapi 'tidak lulus' dalam syarat-syaratnya.
Bagaimana? Kita hendak pergi belajar di Universiti, tetapi dalam
syarat itu menyebut mesti lulus Matematik dengan markah kepujian A1,
bahasa Inggeris paling minimum C+. Kita tidak memiliki itu.
Apakah layak kita? Perhatikan itu. Dalam waktu lain kita
ingin dinaikan gaji, kitapun bekerja dengan kuat. Setulus jiwa.
Tetapi majikan kita telah menetapkan, salah satu syarat organisasinya
tidak boleh 'calon-calon' untuk dinaikan pangkat dan gaji itu datang
lewat. Tetapi kita orang yang selalu datang lewat tidak mengikut
puch-card.
IMAN DAN
ISLAM
islam ITU
BUKAN SATU BENTUK PERTUBUHAN ATAU ORGANISASI.
Islam itu
'ad-din' atau 'agama'. Di dalamnya ada ruang untuk dikatakan
kepercayaan dan mentadbir hubungan sosial dan kehidupan (syarak).
Islam itu 'penyerahan' yakni 'agama yang mengajar manusia menyerah diri
kepada tuhan'. Firman Allah ta'ala, "tidak jadikan jin dan
manusia itu untuk menghambakan diri kepada KU..
IMAN DAN
ISLAM tidak perlu kepada perkara-perkara tambahan untuk menjadikan kita
lebih beriman dan sempurna Islamnya. Perkara tambahan itu ialah
sesuatu yang diluar dari ajaran agama dan apa yang ditunjuk oleh nabi
kepada kita. Apakah kita belajar ilmu kebal akan bertambah iman
dan amal kita? Beroleh ilmu gagah perkasa, menuntut ilmu kebatinan
akan menambah baik kepercayaan kita kepada Allah ta'ala dengan
meng-ESA-kan-NYA?
Atau
mungkin belajar ilmu demikian akan menambah pengetahuan kita tentang
agama? Perkara yang banyak terjadi itu lebih terjoros kepada
bertambah-tambah kita percaya kepada kuasa-kuasa makhluk.
Bertambah percaya kita diri kita lebih gagah, hebat dan kuat.
Tambahan ilmu yang berhubung dengan 'makhluk' atau 'ilmu khadam'.
Akan bertambah-tambah percaya kita dengan mereka kerana setiap perbuatan
pasti 'berlaku' dengan bantuan danpertolongan dari makhluk itu yang
dianggap orang sebagai karib, teman dan khadam.
Dulu saya
tidak faham dalam perbincangan dengan saudara Saifullah Yazid sewaktu
berkunjung ke Seremban dengan katanya, Islam tidak perlu ilmu kebatinan.
Maksudnya kita tidak perlu kepada ilmu seperti itu untuk menambah iman
dan amal atau bertambah dekat kita dengan tuhan. menurutnya ini
kerana ISLAM itu syumul, lengkap. Sudah lengkap dengan hujah atau
dalil kepada akli (akal) dan nakli (kitab).
Apabila
kita faham perkara yang syumul itu, kita belajar dan menguasai ilmu lain
dari itu tidak akan menjadikan kita itu sesat dan terjoros kepada
perilaku yang salah. Apabila kita sudah faham tentang ilmu
fardhu-ain, tentang tauhidnya, ibadat dan peribadi yang mulia, tidak
akan dapat membawa kepada jalan yang salah. Jalan atau iktikad
atau pegangan atau kepercayaan yang diluar dari apa yang diajar oleh
al-quran dan nabi Muhammad saw kita. Jiwa kita sudah dipandu dan
kita sudah miliki pengetahuan yang akan menjadi benteng. Sempadan.
Perumpamaan
itulah seperti DVD cetak rompak dan DVD original.
Tanpa
membelek-belek atau memiliki pengetahuan yang original tentang 'agama',
kita tidak akan dapat menepis dan menapis sesuatu yang 'sesat'.
Kita tidak akan dapat menghalan diri dari terjoros kepada perkara yang
membatalkan iman dan membawa kita kepada 'syirik kepada Allah ta'ala'
atau perkara yg merosakan akidah/ kepercayaan.
ILMU
KEBATINAN, SUSUK KUAT DAN BATU HIKMAT LAGI AZIMAT
Kita perlu
perhatikan perkara ini dengan sebaiknya. Perkara ini sering
menjoros kita kepada kesyirikan. Membawa iktikad yang salah lagi
sesat. Bukan sedikit, bukan pula sesuatu yang perlu dianggap remeh
dan mudah hanya kerana orang yang mengajar ilmu itu dilihat sebagai
seorang Muslim (Islam) dengan perwatakannya baik, berpakaian seperti
orang alim dan warak, semua itu tidak memberi jaminan seperti firman
Allah ta'ala, Kebanyakan mereka itu beriman tetapi mereka itu syirik.
Pokok
pangkal sesuatu ilmu itu akan jatuh kepada TAUHID kepada Allah ta'ala.
Akhir
perjalanan suatu ilmu pasti akan menemukan kita bahawa yang bersifat
hakikat itu ialah tuhan. Tetapi bukan sedikit yang akhirnya
menjoros kepada 'kebesaran diri', kebesaran makhluk dan
kehebatan-kehebatan yang telah dikuasainya. Langsung pekerjaan dan
amalan itu meletakan 'tuhan' itu ditempat kedua. Mereka berdiri
dan berjalan, gagah perkasa, lagak dan angkuh. Mencari musuh dan
lawan semata-mata untuk memaju apa yang ada pada mereka itu. Perhatikan.
Firman
Allah ta'ala, "..ego itu selendang KU, barang siapa yang memakainya akan
KU lemparkan ke dalam api neraka..";
Cuba kita
perhatikan itu. Bagaimana seperti kesimpulan kita hendak masuk
universiti tetapi tidak mau mengikut syarat dan peraturannya.
M'gkin kita ingin naik gaji tetapi tidak mengikut syarat yang layak dan
membiarkan kita berada pada 'jalan' atau 'keadaan' yang reject our
personal credibilities. Segala ini perlu kita perhati dan
amati. Jangan kita ikut dan akur tanpa mengguna akal fikiran dan
panduan.
Panduan
kita ialah agama. Maka 'agama' itu ialah yang diambil dari sumber
yang asli. Sumber yang asli itu ialah dari guru-guru agama.
Guru agama itu adalah sandaran kepada golongan ulama'. Ulama' itu
pewaris nabi. Tidak ada mana-mana ruang yang menyebut guru ilmu
kebatinan, guru silat itu mendapat perhatian dan tempat yang tinggi
dalam kedudukan institusi agama kita itu.
Janganlah
kita dikotak katikan atau diperbodohkan kerana kejahilan kita.
Jangan biarkan diri kita ini dijajah dan tidak merdeka. Tidak
merdeka kerana mengikuti telunjuk dari pemimpin dan mentor yang membawa
panduan dari acuan kotak fikiran dan mengikuti selera mereka.
Jalan menuju Allah itu tidak perlu kepada kumpulan dan pertubuhan,
melain kepada iman dan taqwa.
Apabila
kita belajar sesuatu 'ilmu' itu tanpa ada amalan-amalan, maka jika
perkara itu terjadi pasti sesuatu yang diragui. Umpama kita
belajar ilmu kebatinan, cukup sekadar menyebut-nyebut nama dan doa
(pendek) tanpa perlu kita melatih diri dengan jalan-jalan agama,
perbanyakan sholat, doa, wirid dan zikir, terus terjadi sesuatu yg
dianggap luar biasa atau magis. Maka kelakuan magis itu sifatnya
terbatal.
Pada
pertengahan kalimat Allah dan Muhammad atau pada awal menyebut Gerak
Allah dan Gerak Muhammad, kemudian dapat bergerak dengan sendiri sedar
atau tidak, maka yang datang itu bukan dari Allah ta'ala.
Penggerak itu dari makhluk dibangsakan kepada jin atau khadam.
Mereka berkata, kami tidak menyeru bangsa jin? Sekadar selawat dan
zikir. Tetapi apa yang terkandung 'dalam doa' itu? K'dian
sewaktu menerima ilmu tersebut, apa yang diberikan oleh 'guru' tersebut?
Batu? Cincin? Kain dan sebagainya.
Dari segi
akidah, KENAPA DIWAKTU ITU SAHAJA KITA NEKAD DAN YAKIN ITU DARI ALLAH
TA'ALA SEDANG DILUAR DARI ITU BAGAIMANA HUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH
TA'AL? Kenapa di waktu hendak bergaduh atau bertumbuk sahaja
perlu ingat kepada Allah dan mengucapkan kalimat-kalimat zikir.
Pada waktu yang lain kita seorang yang lalai. Seorang yang jauh
sama sekali untuk meletakan tuhan di dalam jiwa dan fikiran.
Tingkah laku kita jauh sama sekali mengikuti ajaran agama dan
sebagainya.
Perhatikan
itu.
Ini
termasuk jenis-jenis 'susuk' dan sebangsa dengannya. Susuk yang
dipakai kepada batu dan cincin yang dikatakan hikmat. Cukup
sekadar memakai cincin, kemudian keadaan perlu terus kita lafazkan doa
dan azimat dari ungkapan mantera untuk mendapatkan bantuan dalam bentuk tenaga, gerakan dan 'jurus'. Kelaku yang
terjadi itu bukan dari Allah ta'ala tetapi makhluk.
Kita perlu
berhati-hati kerana perkara itu menjoros kita kepada syirik, merosakan
amal. Tujuan kita zikir itu dari kalimat zikri,
ertinya ingat atau sebut nama atau kepada Allah ta'ala. Tujuan
untuk mendekatkan diri bukan untuk 'bergaduh dan bertumbuk'.
Bukankah dari segi logiknya sudah ganjil dan pelik.
Kemudian
kita tanya apakah perkara-perkara itu dikatakan ajaran ISLAM?
al-fatihah
buat guru ku Bapak Hamarjan bin Imam Mat Sholeh, adalah orang besar
jajahan ini. Kepada allahyarham Tuan Haji Johanness Choeldi,
beserta Tan Sri Samad Idris adalah pengasas dan guru kepada pertubuhan
PNM, moga-moga keberkatan ilmu yang mereka tinggalkan itu dapat kita
guna untuk memandu kehidupan, menjaga keselamatan diri, keluarga dan
masyarakat selain untuk agama dan negara.
Wahai
orang-orang muda jiwa bangsa, jangan kita membiarkan diri dalam
kejahilan (agama). Kelak yang dikendung itu tercicir, mereka yang palsu
itu diikuti. Nanti akan jadi kita ini pengikut-pengikut Thougut
dan Yakjuj-Ma'juj yang melakukan kerosakan di atas muka bumi.
Keras bunyinya tapi biarlah ia menjadi peringatan. Salah tidak
akan jadi benar. Lurus itu terang lagi benderang, yang gelap dan
samar-samar itulah disembunyikan.
al-Quran
itu suatu mukjizat akli (akal), ia terang dan jelas. Mengajar dan
mengajak manusia berfikir. K'dian mendapati jawapan-jawapan suatu
hakikat kehidupan. Bukan sekadar digendeng, diletak di tempat
tinggi tetapi tidakpernah dipakai. Disimpan dalam al-mari.
Kita ini hidup biar 'berilmu', dengan manusia 'biar berbudi'.
Berbudi tidak bermakna menuntut kebaikan melain kebaikan itu hanya akan
dibalas oleh Allah ta'ala.
Sabda nabi
Muhammad saw, orang yang paling mulia kedudukannya, ialah mereka yang
banyak memanfaatkan orang lain.
Permasalahan dengan 'ilmu kebatinan dalam kontek mempertahankan diri',
sesuatu yang perlu diambil kira. Ibubapa dan pemimpin masyarakat,
pemimpin politik khususnya. Perhatikan dalam setengah gerakan dan
perkumpulan, mengajar anak-anak kita, remaja kita dengan segala macam
ilmu kebatinan. Perkara yang mendatangkan masalah itu ialah;
(1) Ilmu
yang tidak ada amalan, hanya sekadar membaca mantera, doa dan selawat
terus mendapat hikmat dan 'tenaga' yang dianggap magis /luar biasa
(2)
Pemimpin ilmu kebatinan yang di dalamnya membawa pegangan / iktikad atau
doktrin yang mengajar manusia itu meletakan sandaran-sandaran kepada
kuasa dan makhluk (ghaib). Selain terdapat pegangan / iktikad yang
menyalahi sama sekali dengan akidah ahlu-sunnah wal-jemaah dari bab
Tauhid.
(3)
Menerapkan beberapa unsur-unsur dari Tasawuf Batiniah (mahzab) dengan
syarah-syarah atau bicara-bicara tentang Ilmu Hakikat dan Makrifat.
Selain unsur-unsur hakikat insan seperti mana tulisan Dr. Othman
el_muhammady, 'wusyul' atau 'wahdatul wujud' tanpa mujahadah adalah
terbatal.
(4) Ilmu
kebatinan dengan bantuan-bantuan makhluk ghaib yang disabit dengan ilmu
khadam, makhluk halus atau jin dengan dakwaan inilah pertolongan tuhan
katanya kerana membantu mereka sewaktu keadaan untuk bergaduh atau
bertumbuk, mereka akan jadi gagah perkasa dan kuat.
Saya
memohon pihak pemerintah dan berkuasa, memerhatikan
pergerakan-pergerakan seperti itu kerana akan mengancam akidah /
pegangan agama yang telus lagi suci. Mangsa adalah anak-anak kita,
keluarga dan masyarakat secara umum. Bagi ibubapa pastikan
anak-anak mereka dibekal dengan ilmu dan pengetahuan agama secukupnya.
KONSEP
JEMAAH DAN PEMIMPIN DITAATI
Sabda nabi
Muhammad saw, " aku ingin memperingati kamu, akan lahir pemimpin yang
bodoh selepas ku". Lalu orang bertanya siapa gerangan pemimpin yang
bodoh itu? "..pemimpin yang tidak mau mengikuti kitabullah dan sunnah
ku. Melakukan kezaliman dan pembohongan. Barang siapa yang
membenarkan mereka, mereka bukan golongan ku dan aku bukan dari
mereka.."
Kitabullah
itu al-quran dan darihal sunnah itu ialah pelaku, keperibadian, cara,
kaedah dalam hubungan agama dan sosial. Jika mereka atau kumpulan
atau pertubuhan yang tidak mengikuti itu, pasti itulah yang dimaksudkan
oleh peringatan nabi kepada kita. K'dian kita ikut sebagai satu
pertubuhan dan ikutan.
Auzubillah.
Sebarkan text ini moga-moga kita dapat melindungi, menyelamat, memberi
amaran kepada kaum keluarga, adik-adik dan masyarakat terutama golongan
muda-mudi yang 'ikut semborono' tanpa ilmu dan pengetahuan.
Dijanjikan kebaikan dan keseronokan dan kehebatan. Kerana manusia
itu suka kepada keseronokan, kemegahan dan kehebatan selain malas
berusaha. Cara terbaik itu tentulah dengan jalan ekspres dan cepat
utk memperolehi sesuatu
Maksud
hadis, suatu hari kamu akan mendapati keadaan kucar-kacir. Kamu
tidak mengetahui mana yang benar. Lalu orang bertanya bagaimana kami
menemui keadaan itu? Jawap baginda, hendaklah kamu berada dalam jemaah.
Lalu baginda bersabda, Jangan kamu keluar dari jemaah. Taat kepada
pemimpin selagi dia mengikut kitabullah dan sunnah ku walau dipimpin
seorang Habsyi (orangnya hitam legam kulitnya).
Apakah
pemimpin dengan mana-mana pemimpin kita, ikuti mereka yg mengikut ajaran
al-Quran dan sunah nabi? Atau mungkin kita sekadar menjunjung
al-Quran tetapi hati dan fikiran kita tidak pernah langsung
'mengagung-agungkan al-quran sebagai panduan dan panduan'.
Firman Allah ta'ala, "..sesunggunya al-quran itu mengandungi hikmat.."
dan lagi "..sesungguhnya quran itu mengandungi cerita nabi dan umat
sebelum kamu, moga-moga kamu memperolehi panduan..";
Pernah kita
dalam hidup menelek-nelek al-Quran? Jadikan al-quran itu sebagai
panduan hidup atau sekadar junjungnya sahaja? Baik pemimpin atau
pengikut. Jika tidak ada ini, bagaimana kita. Apakah selamat
darihal Iman dan Islam kita itu? Apakah benar pertubuhan, kumpulan
dan jemaah yang kita ikuti dan akuri ini? Apakah sebenarnya lorong
dan jalan yang kita ikut ini?
Apa yang
diajar oleh al-Quran? Apa yang diajar oleh nabi kita?
Keduanya berhubungan dengan agama. Agama itu sudah pasti akan
mengajar kita tentang tauhid kepada Allah ta'ala. Apa yang
dikatakan Tauhid itu? Apa dia itu meng-tauhid-kan Allah ta'ala?
Maka pasti jika kita mengikuti gerombolan yang mengatakan ISLAM, akarnya
membimbing kita kepada tauhid yang suci. Bebas dari kesyirikan.
Jika mereka
tidak membimbing kita dengan ilmu dan pengetahuan tentang perkara asas
(fardhu) tentang agama, maka kita perlu mengelak diri. Apa perlu
kita bersama-sama mereka dan membuang masa. Duduk bersembang dari
hal yang sia-sia (dunia). Apa yang dikatakan 'demi masa, manusia
itu dalam kerugian'. Antara menghabiskan waktu berjam-jam lamanya
tanpa menambah ilmu dan pengetahuan terhadap agama, baik kita berdamping
dengan tuan-tuan guru yang mengajar agama, membebaskan diri dari
kejahilan dan 'taklid'.
Kita
beramal, perlu kepada ilmu.
Sembahyang,
puasa, wirid, zikir kita perlu kepada ilmu.
Tanpa
'ilmu', sesuatu perkara itu dilaku secara membuta tuli. Dibuat secara
taklid/ ikut-ikutan dan tidak lahir dari ilmu yang bakal menerbitkan
kesedaran dan kefahaman. Urusan atau amalan dalam agama yang wajip
atau sunat, tanpa ilmu adalah 'sia-sia' kerana dilakukan di atas
kepercayaan sekadar ikutan, tidak lahir dari sanubari / hati.
Ada orang
yang melihat 'perkara agama sebagai permainan'. Mengikut budi akal
fikiran. Malas mengejar dan mencari ilmu dan pengetahuan.
Sekadar tau menyebut-nyebut sesuatu perkara tetapi tidak tau apakah
amalannya. Orang seperti itu bukanlah ingin mencari sebenar
kebenaran di dalam kehidupan. Melainkan sekadar 'ingin
mencuba-cuba'. K'dian jika tidak sanggup, tinggalkan dan kemudian
pergi lagi pada kumpulan dan majlis ilmu yang lain. K'dian jika
tidak sanggup, tinggalkan lagi dan seterusnya.
FALSAFAH
Jangan kita
pinggir, meminggir orang yang datang. Pada mereka itu ada teladan
yang baik atau ilmu yang manfaatkan. Kelak akan menjadikan kita
suatu penyesalan. Sesal kerana tidak ambil peduli, kata dan
hikmat. Nasihat dan teguran. Peringatan itu sangat
mengkehendaki kita, menguasai ilmu dan pengetahuan. Ilmu agama-lah
menjadi priority dalam usaha meningkatkan iman dan ISLAM kita.
Seorang Muslim tidak akan tentu menjadi seorang Mukmin, kerana
seorang Muslim belum tentu dia orang yang benar imannya manakala seorang
yang beriman (mukmin) sudah tentu dia ISLAM.
Masa tidak
menunggu kita. Buah yang rendang masa, perlu diambil, dikait. Jangan
sampai yang rendang jadi busuk. Musim yang lebat, tidak selalu.
Kadang hujan panas, ribut lagi petir. Mgkin pokok yang rendang itu mati.
Dan kita, orang yang rugi. Rugi kerana sudah ada pada waktu dan
masa, buah yang lebat dan rendang, dibiarkan. Tidak ambil peduli dan
pusing. Entahlah, 'muda-muda' fikir akan hidup besok, belum tentu.
Ketulusan
dan kejujuran sering diabaikan. Buah yang busuk, selalu diambil
kerana tertipu dengan kata-kata manis jurujual. Kelaku dan pakaian
yang baik, tidak ada jaminan, isi-nya hati itu yang telus lagi suci.
Cantik lagi manis dipandang mata, sedap baunya, enak pendengarannya
itulah yang selalu membawa kepura-puraan. Terlindung segala macam
jampi serapah. Kata nista dan dusta. Bagaimana mengenali itu?
Seorang
namanya Mukadir, katanya "..wahai adik ku, jangan engkau jadi seperti
'kaldai', umpannya 'makan'. Tiada ia sampai-sampai.
Tujuannya samar lagi berpusingan. Tiada telus lagi benar.
Apa yang engkau cari? Tidak ada sesuatu di situ. Tempat
jatuhnya pada kekufuran, sesat lagi membawa mulhid. Penyuluh
kegelapan adalah cahaya. Sinar bergilapan itu adalah permata
delima. Di mana hendak dicari?
Maka
hendaklah engkau menelek kata hati mereka. Apakah 'sinar cahaya'
itu menerbitkan erti kehidupan kepada 'ketuhanan'. Mg'kin kata
hati mereka itu mencari ruang kehebatan dan kemegahan, maka terbatal-lah
mereka itu. Tiada boleh engkau bersama mereka, makmum lagi
melantik sebagai 'imam'. Kelak, 'haram', berdosa kerana umpama
membenar tingkah laku dan kelakuan mereka. Tiada beriman
sebenar beriman, tiada 'tanglung' dikatakan 'nur Illahi' pada lehernya
melainkan 'kufur'.
Jangan
engkau nanti menyesal. Awalnya 'sinar' dalam ketaatan diri mu pada
agama. Lorong yang salah membawa kepada 'sifat yang menghapuskan
segala amal'. Syirik itulah perkara membatalkan segala amalan.
Beramal tetapi membawa kepada ke-syirik-an di dalam diri. Belajar
ilmu itu perlu kepada kesucian dan kejernihan. Jernih itu adalah
apa yang diajar oleh al-quran dan nabi kita kemudian kepada para sahabat
kemudian kepada para hukamak dan ulamak kemudian kepada terhampir dengan
kita itu ialah 'guru'.
Kata
ulamak, kamu memandang wajah orang alim itu mendapat pahala.
Hati-hatilah engkau. Usaha telah mati. Kasihnya telah
hilang. Kesungguhan silih berganti antara suka dan duka.
Duka kerana tidak mau dengar kata. Kehidupan tidak lama, pokok
yang lama akarnya di mamah usia. Akhir mati dan terhapuslah segala
perbuatan dan amalan. Apa yang tinggal itu ialah 'ilmu yang
dimanffatkan', anak yang sholeh mendoakan, harta dibelanjakan, sedekah
jariah. M'gkin nanti kamu akan sedar, betapa harga buat pelukis
yang melukis, dengan pena dan warna-warna dalam perbagai rupa bentuk.
Tapi tiada engkau dapat mengerti.
Kita tidak
lupa, firman Allah ta'ala jangan kamu mengherdik suatu kaum, mungkin
kaum itu amalannya lebih mulia dari kamu.
Wallahua'lam.
Anazil bin
Nordin
Kuala
Kangsar Bandar Diraja
Emel
[email protected]

|