.
Balik ke Laman Utama
::89.Hukum isteri lari kerana sering dihamun
APAKAH hukumnya isteri yang melarikan diri ke rumah emak kerana tidak tahan dihina dan dimaki hamun setiap hari dengan perkataan keji oleh suami? Bahkan suami juga kerap menghalau isteri setiap kali bertengkar. 
Pernah suami saya menghantar surat yang memberi syarat mesti balik dalam tempoh tertentu. Adakah jatuh talak jika isteri tidak balik dalam tempoh yang ditetapkan?

Ateh,
Selangor

JAWAPAN
Dalam keadaan biasa, isteri tidak boleh keluar rumah tanpa izin atau lari. Namun dalam masalah puan, suami mengabaikan tanggungjawab berbuat baik pada isteri serta tidak menghormatinya.

Jika isteri lari kerana alasan tidak tahan didera emosi oleh suami, dia wajar menyelamatkan dirinya. Jika dalam surat suami menyatakan jika isteri gagal balik dalam tempoh tertentu dia akan diceraikan, maka cerai (talak) akan jatuh jika syarat itu tidak dipenuhi.
 
 
 
 
 
 

 

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004
Hosted by www.Geocities.ws

1