.
Balik ke Laman Utama
::87.Isteri tolak suami langgan pelacur
BOLEHKAH seseorang isteri menolak untuk melakukan hubungan kelamin bersama suaminya kerana mengetahui si suami sering mengunjungi rumah pelacuran? 

Berdosakah isteri kerana beliau memikirkan kesihatan dirinya bagi mengelakkan berlaku jangkitan penyakit kelamin hasil hubungan seks rambang suaminya?

Adakah berdosa jika isteri meminta cerai jika suaminya disahkan mempunyai penyakit kelamin?

SERBA SALAH,
Kuala Lumpur

JAWAPAN
Manusia dituntut menjaga dirinya dan Allah memerintahkan kita supaya jangan mencampakkan diri dalam bahaya dan mudarat.

Jika menolak hubungan kelamin untuk menjaga diri daripada penyakit kerana bimbang dijangkiti suami yang sering ke tempat pelacuran, ia adalah harus.

Isteri tidak berdosa kerana menuntut cerai, bahkan Islam memberi kemudahan dan perkahwinannya boleh difasakhkan jika suami disahkan menghidap penyakit kelamin yang berbahaya dan boleh memudaratkan isteri.
 
 
 
 
 
 

 

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004
Hosted by www.Geocities.ws

1