83. Hukum suami enggan cerai isteri

BERDOSAKAH saya kerana tidak mahu menceraikan isteri walaupun dia berkali-
kali meminta saya berbuat demikian.

Walaupun berpendapatan kecil dan sering menghadapi masalah kewangan
tetapi saya cuba menunaikan tanggungjawab sebagai suami sebaik mungkin.

Malangnya masalah kewangan inilah yang menjadi punca isteri menuntut
cerai.

Apakah yang perlu saya lakukan?

SYAH, Kuala Terengganu

JAWAPAN
Isteri meminta cerai tanpa sebab munasabah adalah berdosa. Suami
menyusahkan isteri dengan kehidupanpun berdosa.

Merujuk pada pendapat Zaidan (8/475) tidak harus diceraikan suami isteri
kerana sebab tidak mampu kecuali atas sebab tidak kufuk.

Allah menjanjikan kekayaan bagi mereka yang berkahwin. Jika isteri
sanggup bersabar pahala besar untuknya, bahkan digalakkan isteri membantu
kewangan suami atau memberi hutang.

Bagaimanapun kehidupan suami isteri adalah untuk mencari kedamaian dan
kebahagiaan.

Cubalah mencari kerja tambahan untuk menampung keluarga ataupun
lepaskanlah dia dengan sebaiknya dan jangan menyusahkan dia.



Balik
Hosted by www.Geocities.ws

1