81. Bawa pulang lauk kenduri

DI kampung saya kerja kenduri masih lagi dilakukan secara bergotong-royong
tetapi sejak akhir-akhir ini ada antara mereka yang mengambil kesempatan
dengan membawa balik lauk pauk ke rumah sedangkan jemputan masih ramai.
Pernah juga berlaku tidak cukup lauk untuk jemputan dan menyusahkan tuan
rumah kerana terpaksa menyediakan hidangan lain. Apakah hukumnya perbuatan
ini sedangkan mereka sekeluarga dijemput makan di rumah yang mengadakan
kenduri?

MAS, Temerloh, Pahang.

JAWAPAN

Mereka yang dijemput ke kenduri, wajib memenuhi jemputan jika tiada
keuzuran. Bagaimanapun tuan rumah menjemput untuk makan di sana dan buka
untuk dibawa lauk-pauk balik.

Mengambil lauk-pauk tuan rumah tanpa pengetahuannya samalah seperti
mencuri dan hukumnya berdosa serta menyusahkan pula saudara Islam. Bahkan
jika membawa orang yang tidak dijemput tuan kenduri pun dikira berdosa dan
haram; umpamanya tuan rumah menjemput suami isteri saja tetapi dia membawa
semua keluarganya.




Balik
Hosted by www.Geocities.ws

1