80.Tipu tuntutan kerja lebih masa

SAYA bekerja di jabatan kerajaan dan saya selalu membuat tuntutan kerja
lebih masa walaupun walaupun saya tiada di pejabat pada hari itu. Saya
juga sering meminta pekerja saya `punch' kad saya lewat bagi membolehkan
saya buat tuntutan kerja lebih masa.

Adakah wang gaji yang saya terima itu haram dan menurut kawan saya,
makanan yang haram akan melahirkan anak haram.

Adakah ini benar? Bagaimanakah saya boleh membayar balik kepada majikan?

SERBA SALAH, Kedah.

JAWAPAN

Dalam hidup ini perlu ada amanah, Nabi bersabda yang bermaksud:

"Tiada agama bagi yang tidak amanah."

Jika saudara berkelayakan dalam tuntutan itu adalah hak saudara, jika
saudara menuntut sesuatu yang bukan hak saudara dan menipu itu sudah
pastinya berdosa.

Makanan yang haram akan melahirkan akhlak yang buruk dan bukannya anak
haram.

Banyakkanlah bertaubat, bersedekah dengan niat ikhlas kerana Allah,
supaya dapat diampunkan dosa yang lama.


Balik
Hosted by www.Geocities.ws

1