![]() |
| 68. Ambil barang orang mesti minta izin
APAKAH hukumnya mengambil barang orang lain (yang tertulis nama pada barang berkenaan) kerana ia sudah lama terbiar dan tidak digunakan? Adakah ia dikira mencuri? SITI, Johor JAWAPAN ISTILAH mencuri ialah mengambil barang yang bukan kepunyaan kita tanpa izin pemiliknya dengan sengaja. Sekiranya barang berkenaan tertulis nama pemiliknya hendaklah diserahkan pada pemiliknya walaupun ia terbiar atau tidak digunakan. Jika sudah digunakan biarlah ada niat jika pemiliknya datang menuntut kita bersedia mengembalikannya dan membayar ganti rugi kerana menggunakan barang berkenaan. Balik |