Lafaz nak jatuh talak lepas raya Cina
19 January 2002 

soalan
SUAMI saya pernah mengatakan atau menyebut ucapan seperti berikut: “Nanti pada Hari Raya Cina, aku akan lepaskan engkau!”
Adakah dengan ucapan itu bermakna sudah jatuh talak ke atas diri saya? 
Bagaimanakah jalan sebaiknya untuk menyelesaikan masalah ini? Sekiranya memang benar sudah jatuh talak, bolehkah kami merujuk semula? 

Kiriman: 
Norashikin Jaafar,
Johor Bahru, Johor

Jawapan
ISLAM menggesa umatnya supaya berhati-hati di dalam pengucapan talak. Apa yang diucapkan oleh suami sebenarnya dinamakan sebagai talak bersyarat. 
Apabila sampai waktu yang dijanjikan iaitu pada Hari Raya Cina sekiranya suami tidak melafazkan talak, hubungan suami isteri adalah seperti biasa kerana lafaz yang digunakan ialah “nanti aku akan”.
Ia bermakna belum pasti lagi si suami akan mentalak isterinya. 
Sebaliknya jika dia melafazkannya, maka jatuhlah talak. 
Jika sudah jatuh, suami boleh merujuk pada isteri selama mana dalam tempoh edah.
 
 

Balik
 
 
 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1