Kencing ganggu solat
19 January 2002 

Soalan
BAGAIMANAKAH kalau baju saya terkena percikan air kencing kanak-kanak berumur lima tahun ke atas. Masalahnya ialah saya tidak sempat menukar baju itu atau bersihkannya. 
Lepas itu saya duduk di sofa, kerusi meja makan, tilam dan tempat-tempat lain (katakanlah 'tempat A'). Adakah tempat A dikatakan najis?
Apabila masuk waktu sembahyang saya tukar baju berkenaan. Tetapi sewaktu saya sedang sembahyang fikiran saya terganggu adakah solat saya sah atau tidak kerana baju yang ditukar tadi terkena (terduduk) di sofa tempat A yang saya katakan najis sebelum ini?
Saya tukar baju sekali lagi dan kali ini saya cuba elakkan daripada terkena atau terduduk di tempat A.

Kiriman:
Nani Martini
Ampang, Selangor
 

Jawapan
AIR kencing termasuk perkara najis yang mesti dibersihkan, baju yang terkena air kencing mestilah dibasuh sehingga bersih, iaitu tiada bau dan warnanya lagi. 

Begitu juga dilihat pada sofa atau mana-mana tempat yang dijejaki selepas baju itu terkena air kencing. 

Jika ada bau kencing atau warna serta rasa basah pada mana-mana perabot maka dikira terkena najis dan perlu dibasuhkan.

Jika tiada tanda tadi, anggaplah ia tidak najis dan bersih kerana sukar dikesan.
Sembahyang kali ketiga selepas ditukar baju yang tidak lagi duduk di bekas kencing adalah dikira sah jika wuduk masih ada. 

Wuduk tidak batal dengan terkena najis. Apabila dibersihkan dari najis sembahyanglah seperti biasa.
 

Balik
 
 
 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1