Tegur suami lihat VCD lucah
Oleh DR MASHITAH IBRAHM
19 January 2002 

Soalan
SUAMI saya gemar menonton video cakera padat (VCD) lucah. Apabila saya tegurnya nanti dia kata saya jadi isteri derhaka.
Jadi apa hukumnya menonton gambar bogel dan bagaimanakah caranya untuk menasihatinya?

Kiriman:
Rokiah Hassan
Dungun, Terengganu

Jawapan
MENONTON video lucah dan gambar bogel adalah berdosa dan termasuk melakukan perkara maksiat. 

Berhubung perkara maksiat kita dituntut Islam supaya mencegah sekadar yang termampu. Isteri tidak derhaka walaupun suami menuduh sedemikian sekiranya dia cuba menasihati suami dan menghalangnya dari melakukan maksiat. 

Bahkan isteri dilarang mentaati suami pada arahan yang melanggar perintah Allah. 
Menasihati bukanlah perkara mudah, perlu kepada kesabaran dan cara yang terbaik. Ada baiknya jika meminta orang yang berpengalaman melakukannya jika puan sendiri gagal.
 
 
 

Balik
 
 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1