Terkeluar air mani ketika puasa
05 January 2002 
 
Soalan
DI bulan Ramadan yang lalu, saya tertidur di siang hari selepas pulang daripada bekerja. Sewaktu terjaga daripada tidur, saya dapati air mani keluar (tanpa bermimpi).
Saya ingin tahu mengenai kedudukan puasa saya pada hari berkenaan sama ada batal atau wajib diqada atau sebaliknya.

Kiriman: Yang musykil,
Taman Semarak, Nilai,
Negeri Sembilan.

Jawapan
AIR mani yang keluar bukan kerana berjimak atau beronani pada siang hari Ramadan tidak membatalkan puasa. 
Dalam keadaan di mana orang yang berpuasa tertidur siang hari dan air mani pula keluar, puasanya tidak batal manakala dia pula tidak perlu mengqada puasa berkenaan.
 
 

Balik
 
 
 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1