Minyak wangi tak batalkan solat
Oleh DR MASHITAH IBRAHIM
05 January 2002 
 
Soalan
APAKAH hukumnya menggunakan minyak wangi yang dicampur dengan kandungan alkohol sewaktu sembahyang? 
Bagaimana pula dengan penggunaan sabun, pencuci muka dan seumpamanya yang mengandungi alkohol lalu bersembahyang sejurus selepas menggunakannya? Adakah sembahyang itu dikira sah?

Kiriman: Aizat,
Selayang, Selangor.

Jawapan
MENURUT fatwa daripada Dr MS Ramadhan Bouty, alkohol dalam minyak wangi tidak dikira sebagai alkohol yang diharamkan kerana penggunaannya lebih kepada bidang perubatan.
Oleh itu, menggunakannya di dalam solat tidak membatalkannya begitu juga dengan sabun atau pencuci muka yang mengandungi alkohol, yang mana bahan berkenaan perlu sebagai bahan pembersih.
Hanya ayat al-Quran doa terang hati
05 January 2002 
 
 
 

Balik
 
 
 
 
 
 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1