
| Ciri-ciri darah haid
Dr Mashitah jawab 29 December 2001 Soalan SAYA menghadapi masalah
faraj saya yang mengeluarkan ketulan darah berwarna coklat (bentuk yang
kecil) setiap bulan.
Kiriman: Hamba Allah,
Jawapan DARAH haid mempunyai sifat yang tersendiri. Ciri darah haid ialah ia darah yang keluar dari faraj wanita bukan kerana melahirkan atau penyakit tetapi sebagai tanda baligh dan sihatnya wanita berkenaan. Bila keluar ia terasa panas, mempunyai bau yang kurang menyenangkan serta kadang-kadang diikuti rasa sakit. Kadang-kadang ia berwarna
merah, coklat warna tanah atau warna pudar. Darah itu mestilah darah yang
keluar setelah wanita berkenaan suci sekurang-kurangnya 15 hari. Jika darah
yang keluar itu mempunyai ciri-ciri terbabit, ia adalah haid.
|