Doa kebaikan diri sendiri, kesihatan
Dr Mashitah jawab
29 December 2001 

Soalan

SELEPAS solat sunat, apakah doa yang afdal dibaca? Adakah doa selepas solat sunat sama dengan doa yang diamalkan selepas solat fardu?

Kiriman: Anna,
Alor Star, Kedah.

Jawapan

KEPERLUAN bentuk doa berbeza daripada seorang dengan seorang yang lain. Doa selepas solat sunat bergantung kepada sunat apakah yang dilakukan. 

Jika sunat dhuha ada doanya yang Ma’thur (iaitu yang diajar oleh Rasulullah s.a.w) begitu juga jika sunat taubat , sunat awabbin, sunat tahajud dan sebagainya. 

Jika sunat itu sunat sebelum dan selepas solat kita boleh membaca apa saja doa mengikut hajat. Bagaimanapun bila Rasulullah s.a.w ditanya,apakah amalan yang paling baik dilakukan, baginda menjawab “doa untuk kebaikan diri sendiri adalah paling baik”. 

Manakala bila ditanya oleh seorang sahabat yang lain doa apa yang patut diminta, baginda menjawab “mintalah supaya Allah memberi Afiah (kesihatan).”
 

Balik
 
 
 
 
 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1