Pikat isteri guna ubat pengasih
Dr Mashitah jawab
29 December 2001 

Soalan

SAYA sudah berkahwin dengan gadis pilihan saya dan hubungan kami sangat baik sekali. Hasil perkahwinan kami lebih kurang tiga tahun itu, kami dikurniakan dua orang anak. 

Masalahnya, saya menggunakan ubat guna-guna (ilmu pengasih) semasa memikatnya sebelum kami berkahwin. Kini saya rasa begitu bersalah atas perbuatan itu. 

Adakah saya harus berterus-terang dengan isteri saya mengenai perkara ini? 

Apakah nasihat ustazah untuk saya menangani masalah ini?
 

Kiriman: Azman,
Kuala Terengganu, 
Terengganu.
 

Jawapan

MENGGUNAKAN ilmu sihir atau ubat guna-guna untuk mengenakan seseorang memang dilarang di dalam Islam dan perbuatan berkenaan adalah berdosa. 

Memandangkan perkara itu sudah berlalu dan hidup saudara pun berada dalam harmoni seperti yang digambarkan iaitu “baik sekali”, nasihat saya ialah saudara janganlah mengeruhkan keadaan yang ada. Apa yang sepatutnya saudara lakukan sekarang ialah bertaubat dan memohon ampun kepada Allah supaya dosa yang lalu diampunkan Tuhan kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang maksudnya “barangsiapa yang mendatangi ahli sihir sesungguhnya dia telah kufur”. 

Jagalah isteri yang baik itu sesempurna yang mungkin, tebuslah kesalahan saudara kepadanya dengan memperlakukan dia dengan baik dan membahagiakannya.
 
 

Balik
 
 
 
 
 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1