Niat puasa enam, qada
22 December 2001 

Soalan

SAYA keliru dengan puasa enam yang dilakukan di bulan Syawal. Ada yang mengatakan kita boleh melakukan puasa sunat itu sekaligus mengqadakan puasa di bulan Ramadan.

Adakah pendapat itu benar? Bagaimana pula dengan niat untuk melakukan puasa enam itu?

Kiriman: Hamba Allah,
Kluang, Johor.

Jawapan

ADA dua pendapat yang diutarakan oleh ulama. Pendapat pertama mengatakan tidak boleh dicampur adukkan antara sunat dan wajib. 

Pendapat kedua pula melihat sekiranya wajib dilakukan pada waktu yang disunatkan maka dengan sendirinya melayakkan seseorang itu untuk mendapat sunat. 

Kedua pendapat adalah benar. Secara peribadi saya mirip kepada pendapat kedua iaitu mereka yang puasa wajib seperti qada dalam bulan Syawal dengan sendirinya akan mendapat pahala sunat tetapi niatnya adalah puasa wajib bukan berniat kedua-duanya sekali wajib dan sunat. 
 
 

Balik
 
 
 
 
 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1