Gagal hindari ketagih onani
Dr Mashitah jawab
22 December 2001 

Soalan

SAYA seorang lelaki bujang berusia 23 tahun. Masalahnya, saya sering melakukan onani sejak tiga tahun lalu dan bertekad tidak mahu melakukannya lagi tetapi sehingga kini masih lagi gagal menghindarinya.

Dengan pengaruh daripada pelbagai medium, saya percaya ramai muda-mudi yang melakukannya. Namun bagi saya, saya begitu menyesal setiap kali melakukan onani 

Oleh itu, saya ingin pandangan dan nasihat ustazah untuk menangani masalah dihadapi ini.

Kiriman: Hamba Insaf,
Petaling Jaya, Selangor.

Jawapan

ONANI dilarang di dalam Islam disebabkan mencari kepuasan daripada jalan yang luar biasa bahkan dari segi perubatan kerana ia memberi kesan kepada tisu kawasan sulit yang lembut apabila selalu digosok dengan tangan yang kasar akan memberi kesan padanya. 

Perbuatan onani jika terlalu diamalkan akan terasa kesannya kelak apabila berkahwin di mana keseronokan bersama sukar dicapai kerana lebih enak melakukan onani daripada hubungan kelamin. 

Ramai pengamal onani merungut setelah berkahwin mereka masih terasa selesa dengan cara ini daripada mengadakan hubungan kelamin. 

Perbuatan terbabit mesti dilatih untuk dihentikan. Elakkan daripada menonton adegan yang mengghairahkan serta alihkan perhatian ketika terasa hendak beronani dengan melakukan amalan lain seperti bersenam misalnya. Hendak seribu daya tak hendak seribu alasan.
 
 

Balik
 
 
 
 
 
 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1