Doa tegah suami buat maksiat
Dr Mashitah jawab
22 December 2001 

Soalan

SAYA sudah berkahwin hampir 13 tahun dan mempunyai empat anak tetapi kini suami saya jatuh cinta dengan seorang wanita yang sudah berumah tangga.

Suami meminta izin saya untuk berkahwin dengan wanita itu sebagai isterinya yang kedua tetapi saya bingung dan kecewa memandangkan saya sangat sayangkan dirinya malah banyak berkorban untuk suami saya selama ini.

Saya juga bimbang jika keinginan suami saya melonjak hingga ke tahap melakukan perkara dilarang di sisi agama. Saya ingin meminta nasihat ustazah mengenai masalah saya ini.

Kiriman: Ingin Tahu,
Johor Bahru, Johor.

Jawapan

ANTARA wanita-wanita yang dilarang bagi lelaki berkahwin ialah wanita yang masih bersuami. Suami puan berdosa sekiranya dia memikat, berseronok atau hendak berkahwin dengan isteri orang. 

Begitu juga dengan wanita itu dia berdosa kerana curang terhadap suaminya. Antara ujian yang sangat berat diterima bagi wanita ialah ujian poligami. 

Puan perlukan satu persediaan mental dan kewangan dari sekarang. Cuba bawa berbincang dengan suami mengenai kemampuannya dan banyakkan berdoa kepada Allah minta dilindungi suami daripada kancah maksiat. 

Ada baiknya juga meminta mereka yang berpengaruh seperti mentua, bapa atau imam untuk cuba menasihatinya. 

Balik
 
 
 
 
 
 

 

Hosted by www.Geocities.ws

1