
|
|
| Bapa tidak solat wali nikah
Dr Mashitah jawab 22 December 2001 Soalan BENARKAH pendapat mengatakan jika seorang bapa tidak bersolat dan berpuasa kemudian menjadi wali (menikahkan anak perempuannya) maka perkahwinan itu tidak sah? Adakah anak yang lahir daripada perkahwinan itu dikatakan anak luar nikah? Adakah pasangan itu harus bernikah semula walaupun anak-anak sudah besar? Kiriman: Azura,
Jawapan SEORANG wali yang hendak menikahkan anaknya mestilah daripada kalangan orang yang adil iaitu taat kepada perintah Tuhan. Sekiranya si bapa yang menjadi wali itu tidak bersolat dan berpuasa, dia dikira sebagai wali fasik. Menurut Imam Shafie, orang sedemikian
tidak layak dilantik menjadi wali. Jika sudah terjadi wali fasik itu menikahkan
anaknya menurut Imam lain seperti Hanafi dan Maliki pernikahan itu sah
dan tidak dikira berzina manakala semua anaknya adalah sah.
|