Dilarang witir dua kali
Dr Mashitah jawab
08 December 2001

Soalan

SEPERTI diketahui, solat witir dilakukan selepas solat terawih. Tetapi, jika kita hendak bangun di waktu malam untuk bersolat tahajud, adakah kita perlu melakukan solat witir selepas tarawih atau tahajud?

Kiriman: Ali Baba,
Kuala Lumpur.

Jawapan

MASUK waktu witir ialah selepas menunaikan solat Isyak dan habis waktunya pula apabila Subuh.

Sekiranya seseorang berniat untuk bangun malam, dia mempunyai dua pilihan sama ada berwitir selepas tarawih kerana meraikan jemaah atau membuat sendirian pada waktu malam.

Kedua-dua cara berkenaan adalah sah. Perkara yang dilarang cuma mengulangi witir dua kali, iaitu solat sesudah tarawih dan kemudian bila bangun di tengah malam, diulang lagi witir.

Sekiranya mahu berbuat lagi witir di tengah malam, pastikan anda lakukan cuma dua rakaat berjemaah dan bila bangun malam, disambung lagi satu rakaat witir.


Balik
Hosted by www.Geocities.ws

1