Wajib laksana wasiat si mati
Oleh Dr Mashitah Ibrahim
10 November 2001

Soalan


SAYA mempunyai teman istimewa yang meninggal dunia kira-kira tiga bulan lalu. Sebelum meninggal, dia ada menyebut mengenai wasiat yang ditinggalkannya untuk saya tanpa memberitahu butiran lanjut mengenai wasiat itu.

Apakah pandangan Islam mengenai sesuatu wasiat? Saya tidak mengharapkan sesuatu daripada wasiat itu tetapi ingin tahu sama ada orang yang tiada ikatan kekeluargaan dengannya layak terima wasiat berkenaan?

Kiriman: Ingin Tahu,
Kuala Lumpur.

Jawapan

WASIAT si mati wajib dilaksanakan asalkan wasiat itu bukan wasiat darar. Wasiat darar adalah wasiat yang memudaratkan hingga orang yang patut menerimanya daripada kalangan ahli keluarga, terhalang kerana wasiat berkenaan.

Selain itu, jika wasiat berkenaan tidak menimbulkan masalah terhalangnya ahli keluarga yang lain, ia wajib dilaksanakan.


Balik
Hosted by www.Geocities.ws

1