Bunuh diri elak dirogol
Oleh Dr Mashitah Ibrahim
10 November 2001

Soalan


DEMI menyelamatkan maruah dirinya, seorang wanita membunuh diri daripada menjadi mangsa rogol. Apakah pandangan Islam mengenai tindakan membunuh diri dalam keadaan sedemikian?

Kiriman: Maz,
Johor Bahru,
Johor.


Jawapan


ISLAM sudah menggariskan bahawa nyawa yang melayang atau terbunuh ketika menyelamatkan diri, keluarga, harta, aqal atau maruah adalah mulia.

Bagaimanapun, membunuh diri dalah sesuatu yang terkeluar daripada istilah terbunuh.

Secara peribadi, saya tidak bersetuju dengan tindakan membunuh diri yang saya kira bertentangan daripada konsep menyelamatkan diri tetapi pengecut untuk berhadapan dengan kenyataan.



Balik
Hosted by www.Geocities.ws

1