| Minum susu isteri tak jatuh talak Dr Masitah menjawab 20 October 2001 Soalan SAYA ada mendengar pendapat bahawa suami yang minum air susu isteri akan jatuh talak terhadap isterinya itu. Saya risau memikirkan perkara ini kerana ia berlaku terhadap saya tetapi adakah pendapat itu benar? Kiriman: Hamba Allah, Pahang. Jawapan SEORANG suami yang minum atau menghisap air susu isterinya tidak jatuh talak. Ini disebabkan suami tidak menjadi anak susu isteri walaupun dia menghisapnya kerana syarat menjadi anak susu ialah kurang daripada dua tahun (bayi) dan minum lebih daripada lima kali hingga kenyang. Dalam keadaan biasa, si suami tidak akan menghisap susu isteri hingga kenyang dan tertidur seperti bayi. Oleh itu, tidak jatuh apa-apa hukum jika suami menghisap susu isteri. Cuma sebaiknya, dinasihatkan supaya mengurangkan kadarnya jika masih ada bayi yang menghisap susu ibunya takut hak bayi akan menjadi kurang jika terlebih hisap. DATO DR MASITAH |