| Wanita uzur dilarang ambil wuduk Dr Mashitah jawab 06 October 2001 Soalan SEWAKTU didatangi haid, adakalanya saya mengambil wuduk misalnya sebelum mandi wajib atau mengambil wuduk hanya untuk meredakan rasa marah dan sebagainya. Adakah tindakan sedemikian dibolehkan bagi wanita yang dalam keadaan uzur? Kiriman: Hamba Allah, Kuala Lumpur. Jawapan MERUJUK kepada pendapat Imam Shafie dan Hambali, wanita uzur tidak dibolehkan mengangkat wuduk dan jika pun dia berwuduk, ia tidak sah. Bagaimanapun sebelum mandi hadas seseorang dituntut membersihkan anggota sulit dan berwuduk kemudian mandi hadas kerana inilah cara yang disunatkan untuk mengangkat hadas besar. Sekiranya wanita berhadas besar ingin meredakan marah, dia boleh menggunakan cara lain selain berwuduk iaitu dengan mandi atau beristighfar. Dato Dr. Masitah |